Himpunan resepi-resepi yang telah dikutip dari pelbagai sumber - cyber dan bukan cyber,kemudian dicuba di dapur sendiri. Koleksi ini adalah untuk rujukan sendiri. jika ada yang sudi menfaatkannya..alhamdulillah.
Wednesday, December 31, 2008
Chicken Chop
Chicken chop ini antara masakan beberapa hari/minggu lepas sempena kehadiran segerombolan nephews and neices yang tetiba mengistiharkan nak bercuti ke rumah busu dia... Takder mood nak story..tengok gambar je la..
Chicken tu my niece yang buat. Masa kita tanya dia ambil resepi dari mana..dia kata dia belasah je main trial and error ..hahaha..macam tu pun ada. Me just buat the gravy jer iaitu basic brown sos, tambah sikit fresh diced tomato and fresh black pepper..ingat nak letak blackpepper sauce tapi nengok tinggal botol jer...takper..layan jer lah..Bila dah ramai tu kan macam2 kerenah ada..tu pasal ada mashed potato and fries....now I know lah the feeling of having ramai ahli isi rumah..looking at how they sapu bersih the food....all I can say is...omg..omg...ekekekke
Wednesday, December 24, 2008
Chocolate Sponge Cake...lagi..
Chocolate Sponge cake ni last minute order kununnya. Dalam banyak2 permintaan untuk birthday, anak saudara cuma minta kek birthday macam yang dia makan kat rumah bapa saudara dia masa raya haji hari tu..Ada peminat rupanya kek sponge kita yang tak semenggah tu .ekekeke..
Tengokle deconya..memang tahap budak sekolah baru belajar ekonomi rumahtangga...Disebabkan tak mahu menghampakan permintaan budak tonet tu..buat juga ler. kesian..dia kan nak masuk darjah satu dah tahun depan..so...kena lah bagi sokongan moral..
Takper..takper...usaha tangga kejayaan....kalau tak cantik pun ..anggaplah cantik jugak..wahahaha..ku pujuk hatiku sendiri...
Sosej Roll
Yess...resepi yang simple. Kejap je buat dan kejap jugak le lesap...Roll Sosej ni kita ambil dari MyResepi yang disumbangkan oleh Ah Mat Gebu. Sos nya kita tak ikut sebab tak penah tahu pun ada jeruk capers bagai..Sos pencicah kita hanya mix cili sos dgn mayonis..jadiler sos ala2 Thousand Island..
Sila ..sila....jamu mata..
Ayam Goreng Marsala
Ayam Goreng Marsala ni sedap juga. Hehehe..peminat ayam goreng tegar nih. Masa belek2 file resepi dlm pc, nampak le pulak gambar ayam nih. DH yang duduk sebelah kita pun tanya..taknak buat ke ayam goreng mamak tu...Wah..sokongan padu nampaknya daripada isirumah..
Bagi peminat ayam goreng ala2 mamak nasi kandar tu..memang suka ler kan ayam goreng kaler2 merah gini. Kita buat pun sebab nostalgia kat Penang tu ler..ahakss.Maaf ler sebab kaler ayam tu gelap sikit..ralit kat dapur sampai lupa ayam tu dah cukup masa kena angkat dari kuali. My son tanya..kenapa kaler tak sama mcm dalam gambar tadi...hehehe..TErsenyap kejap makcik....ekekeke
Not bad to try this recipe...
Tuesday, December 16, 2008
Tomyam Campur dan Chicken Sweet Sour
Disebabkan kekeringan idea nak masak apa untuk dinner 2 hari lepas, kita pun TERingat nak tiru idea makanan masa dinner - Tom Yam Campur dan Chicken Sweet sour di New Horizon Garden Restaurant tempoh hari. Tambahan pulak hari hujan,sejuk je suasana..dapat makan tomyam panas2 tentu sedap kan..
Selama hidup dikandung badan nih..tak penah pun buat tomyam yang keruh dan merah je warnanya. Kita suka yg clear sup saja. Pernah cuba makan beberapa kali tapi tak boleh nak jatuh cinta..Disebabkan DH request nak makan tomyam keruh..TERpaksalah berusaha lebih sikit nak buat tomyam kali ini..Berusaha lebih tu dalam ertikata..main belasah tumis sikit bawang putih lengkuas dan lada merah yg ditumbuk...Sebelum taruh sayur2an. kuah memang keruh. Bila dah letak sayur..'tiba-tiba' jadi jernih lah pulak...Takper..takper..nasib baik rasa dia masih menten rasa tomyam..Takderlah terencat sangat perasaan..ekekeke
Alang2 dah meniru tu kan..kita tirulah sekali style chicken sweet sour restoran tu . Hanya menggunakan chicken fillet yang disalut tepung ( ala-ala butterfly prawn kaedahnya). Sos sweet sour tu ikut suka hati sendiri je nak letak sos apa yg nampak kat dapur .sos tiram.sos cili dan sos tomato. A dash of black pepper n white pepper. Letak sikit green capsicum . nak kasi pedas sikit..letak hirisan cili padi. Oh ya..kalau gravy cair, tambah sikit campuran tepung jagung..Wallah...sedap..
Roti Arab
Yess..Sehari selepas Aidil Adha kita TER buat Roti Arab ini sekali lagi. Famous betul roti ni dikalangan my friends terutamanya cik adik manis tu yang dah membuatnya dua kali. Dah tu ..habis dikepo2nye akan kesedapan dan keenakan roti ni..memang layak jadi marketing rep wehhh....
Disebabkan mabuk daging melanda gara2 banyak makan daging masa raya haji, tak mahu pandanglah masakan2 berasaskan ayam atau daging. Jadi..TERbuatlah Roti Arab ni.Cicah dengan sambal sardin dan Kuah Dal (resepi NoorMasri dari Cari.com)..sedap juga rupanya cicah dgn sambal sardin ni...Tetamu yang berpeluang makan pun kata sedap..wah..boleh meniaga ni makcik!!
Gambar kurang menarik sebab malu lah pulak nak snap2 gambar depan tetamu..gambar sambal sardin dan kuah dal pun tak ambil..sebab tetamu dah tanya..aik..gambar makanan pun ambik..aiyaiyai.....makcik pun sentap ler..ekekeke
Sila..jamu mata ...
Monday, December 15, 2008
Chocolate Banana Cake
Kita buat 2 biji kek masa aidil adha baru2 ni.. Sebab kita geram tengok gambar Chocolate Banana Cake kat FP AmalHayati tu lah. Hari tu masa makan Choc Banana Cake kat SR tu, rasa macam tak puas hati jugak sebab rasa macam pahit sket. Jadi masa bloghopping ..TERserempak dgn resepi Choc Banana ni..wah..ini sudah bagus...
Untuk kek ini, kita tak main shortcut dgn sponge keknya..Kita follow sebiji2. Mula2 masa rasa sponge kek tu rasa macam tawar sket. Susah hati jugak kot2 tak reti sukat bahan2..ekekeke.Lepas kek masak, kita pun pergilah berfoya2 makan2 kat rumah abang ipar lah, adik iparlah. Sedangkan pisang pun belum beli lagi, whipped cream pun dah sold out kat the one and only supermarket kat sini. Musim2 raya ni..banyak benda tak dapat nak dibeli..dasat!dasat!
Bila dah jumpa pisang, whipped cream lah pulak tak ada. Nak ke TESCO, Kota Bharu, jammed separuh mati dibuatnya...Tangguh lagi..Kesudahannya pesan kat anak saudara yang dok kat KB tu mintak tolong belikan cream masa dia nak datang menziarah. yang kelakarnya, dia bagitau..hanya ada kotak kecil je..yang lain2 semua sudah liao...Lagi sekali..dasat!dasat!
Kalau ikut resepi asal. ada guna dairy and non dairy whipped cream. mintak maaflah, kita TERpaksa derhaka..semuanya pakai dairy je ( ke non dairy??). Disebabkan 2 hari tersadai, pisang kita beli pun makin susut jumlahnya. Ada je tangan2 tak reti bahasa tu kuti pisang kita..Tak dapeklah nak potong pisang tu tebal2 letak atas lapisan..limited edition lagik..
Tapi kan..end result dia..memang worth the wait and the try lah..wa cakap lu..memang marvelous. Setiap orang yang merasa makan kek ni , puji ..sedap sangat...Kita yang pertama sekali potong kek dan merasa kek ni pun puji diri sendiri..Ya ampun..memang sedap banget!! Thank you AmalHayati dan penyumbang resepi ni (Inasally). Memang boleh jadi kek wajib di hari raya..
Ni tengah berkira2 nak buat sekali lagi..tapi kena tunggu dulu..stok whipped cream yang jauh nak didapatkan..telah mematahkan semangatku..rileks..rileks...
Chocolate Sponge Cake
Inilah Cholate Sponge Cake yang muncul sempena Hari Raya Aidil Adha minggu lepas. Anak teringin nak makan kek bericing lepas meleleh -leleh ayaq lioq kat FP Amal Hayati . Disebabkan mama nya tak pernah buat pun kek sponge dan tepek2 aising ni..kira macam menyahut cabaran lah ni. Nozzle semua mak nenek tu pun tak penah terfikir nak beli. Jadi petang raya tu terbongkok-lah makcik memunggah dan menyiasat kabinet dapur mencari nozzle pusaka warisan ibunda yang diberi beberapa tahun lepas..dok berkarat dalam gobok je mende tu selama ni...ya ampun.. Ada lah dua tiga biji nozzle lama..jadinya..kreativiti makcik pun limited lah kan..wahahaha..statement ngada2 of the year nih..
Nak tayang rupa paras kek ni pun malu..tak semenggah je rupa dia..tapi on the brighter side kan..kita belajar dari kesilapan dan kekurangan - betul tak? Tak pe.tak pe..pekakkan telinga..butakan mata hati yang ego itu..kah kah kah....
Sponge cake mix tu kita tapau dari kedai bakery supplier kat rumah ni...Kelakar gak kita konfiden je beli mix ni sedangkan kat peket tu takde tertulis pun cara2 nak menggodeknya. Aduhlah., menggelabah gak sekejap..Nasib baik kat FP AmalHayati tu ada mention resepi sponge kek standard..kita pun main hantam je lah... alhamdulilah...elok jer naik jadinya...kembang kempis seronok tak terucap..
Gambar kek yang dah potong tak dapat nak snap..sebab bateri out.. Ada lah snap dari hp, belum sempat nak upload lagi..Insyallah kalau tak lupa. akan diupload kemudian.. Kita potong kek tu 3 lapis, then smothered dgn buttercream. Resepi buttercream kita cilok dari Cari.com.my. Cuma kita lebihkan jumlah golden syrup..kan ke kat sini semua 'kaki' gula..
Bila bawak kek ni pi makan2 kat rumah abang ipar..laku lah pulak..walaupun rupanya buruk tapi rasanya tetap ada..hahaha..puji..jangan tak puji..
Friday, December 5, 2008
Bun Manis Kacang Merah
Kita pun buat pulak bun manis kacang merah. Pertama..kerana adunan tang zhong tu masih banyak berbaki lagi. Kedua..saja2 nak eksperimen jadi ke tak kalau guna resepi loaf untuk buat bun..
Cuma kita lebihkan gula dalam resepi ni. Not bad jugak turn out dia. cumanya bun top tu berkedut2.. roti tu macam perli tukang buat tu ..a reminder agaknya..ekekeke. But I believe kekedutan tu disebabkan oleh faktor lain iaitu terlebih sukatan mentega.Kita main agak2 je( kes malas dan nak cepat siap lah ni).So..dia terlebih lembap..betul ke??
Dari segi tekstur..lembut je walaupun dah dua hari kejadian...Lepas ni nak try resepi yang menggunakan kacang merah pulak. Banyak lagi pes kacang merah bersantai dalam peti ais.
Roti Putih - Kaedah 65C TangZhong
Yess..semangat membuat roti putih aka benggali aka loaf bread tidak pernah padam... Masa melawat blog Maisya TERsangkut dengan kaedah membuat roti 65 darjah Celcius yang dikutipnya dari blog Florence. Jadi..alang2 menerjah blog orang..jom sekali kita TERsangkut kan..hehehe
Mee Sup Bebola Ikan
Rasanya buat hidangan Mee Sup Bebola Ikan ni hari Isnin lepas, waktu hujan lebat yang teramat sangat.. Sejuk menggigil2 ..Sudah banyak kali buat, gambar pun dah pernah letak di blog yang satu lagi tu, tetapi selalunya menggunakan bihun . Kali ni mahu mencuba kelainan..gunakan mee kuning pulak. Bahan2 taburan pun ikut apa yang ada kat rumah saja..saperlah pulak yang rajin nak ke pasar beli bahan2 masa hujan lebat kan..tambah pulak harga barang dijamin naik masa tu..saja cari pasal sakitkan hati sendiri kan..ekekeek
Resepi adalah di timba(lagi!!) dari forum Cari yang disumbangkan oleh long US . Resepinyer kopipes sajalah..
FISH BALL NOODLE SOUP
300 gm rice vermicelli
water
10 cups chicken stock
1/4 cup anchovies- wash and cleaned
4 tbsp preserved radish
1 tsp white pepper
30 fish ball
4 tbsp light soya sauce]
chilli sliced thinly ] combined
garnish
1 stalk spring onions chopped
2 fish cakes, sliced
few strips of fried beancurd
ini long tambah..sawi, sotong ball apa2 suka.
1. soak the rice vermicelli in cold water. scald well and drain. ( ini long rebus kejap ngan air panas)
2. put the chicken stock, anchovies, preserved radish and pepper in a large pot and bring the mixture to the boil then let it simmer for 20 minutes.
add water when necessary (yg ni long tambahkan bawang putih dan halia pas tu tapis dapat kuah yg jernih)
3. drop the fish balls into the soup and continue to simmer till the fish balls float
4. dish out the vermicelli into individual bowls.
add the garnish and pour the hot soup over the vermicelli.
makan ngan cili + kicap.....
Kita buat mee ni ada alteration sikit, Kita tak letak 10 cawan stok ayam tu sebab ikan bilis yang direbus tu dah jadi stok ikan bilis dah..so..gunakan yang tu sajalah. Kalau nak letak pun, satu kiub stok ayam Knorr pun dah memadai.
Preserved radish tu..kita gunakan lobak asin saja. Cincang halus2 rebus sekali dgn ikan bilis kemudian tapis. Apapun..bila dah letak cili kicap tu kan...tak ingat dah berapa byk letak stok ayam pun..yang warna hitam dan pedas berdesing tu jugaklah yang menjadi pojaan hatiku..ekekek
Popia Berinti Sosej
Bezanye, sosej siam ni ialah -ada diletakkan pulut dalam sosej tu..juga sedikit masin to my taste. Dia orang gunakan sosej begini untuk jualan..apa nak panggil ye..ahh..yang jual style celup2 tepung macam nugget,chickenball bagai tu kan..macam tu le. Cumanya sosej ini dibakar sebab kemasinanya tu le..
Idea ni sebenarnya di timba (cewahh..takmo ngaku ditiru) dari satu blog..yummylicious kalau tak silap...Sedap juga ye sosej digulong dalam kulit popia , goreng kemudian cicah dgn sos cili..Yummy..
Ayam Goreng Rempah
Ayam Goreng Rempah ini terhasil disebabkan takde mood nak cross stitch, jadi TERlebih lah pulak meluangkan masa bloghopping. Saja je kan bagi alasan tak de mood bagai..Macam biasalah ..cuti sekolah ni kena bercuti sekejap dari mengadap pc..maklumlah kan..kena share dgn anak..jadi mak kena mengalah la kan.. Okeh..masa bloghopping tu, TERmasuk blog ini dan TERberkenan dgn resepi Ayam Goreng Rempah. Owner blog tu kata, dia masak satu lauk ni saja dan famili dia pun seronok makan..kita pun TERguda juga lah kan..
Inilah my version of Ayam Goreng Rempah. Bezanya cuma kita letakkan setangkai daun kari sebelum tutup api..Semerbak bau daun kari tu..I like!! Tak pasal pasal TERnostalgia kat Nasi Kandar Shariff di Gelugur, Penang nun. Last time melawat En Shariff tu masa bulan puasa tu hari...walauwee...termengah2 kami anak beranak makan nasi kandar..rupanya..our tastebuds pedas tu dah jadi kacang lupakan kulit..dah kira macam..tak tahan pedas dah...boleh gitu??
Thursday, December 4, 2008
Dinner
Lama juga dapur ni tak berasap dgn update ek..Bukan apa...hampir 1 minggu hari asyik hujan saja..24 jam tanpa henti. Bezanya..cuma lebat atau tidak je...line internet pun tak berapa sihat jadinya..kejap2 putus...jadi..faham2 ajelah...mood nak menghapdet tu ada kurenglah...