Thursday, April 28, 2011

Ayam Negro

Salam...

Sometime dalam last week buat Ayam Masak Hitam @Ayam Negro ni(pssttt..tak sampai hati nak sebut Negro kuat2..nnt macam menghina lah pulak yer..heheheh). Kutip resepi dari 1001 Resepi. Sebabnya..ternostalgia kat lauk hitam nasi kandar Pulau Pinang.

Wah..bawang kalau guna sikit mmg tak cukup perasaan . Dalam resepi ni hanya guna 4 ketul besar (memang besau penumbuk) dan kicap dalam 1 cawan. Tapi kalau nak betul2 terasa sedapnya. I believe kena letak bawang banyak lagi..Hitam legam sungguh rupa paras. Gambar ketul2 ayam pun payah nak timbul..hahaha..melambangkan kehitaman yang Terlampau..

Then terbaca pulak kat blog Kjee ..dia tambah kulit kayu manis dsb Haish..ngapalah tak ingat nak letak sebelum ni..Takpe next time boleh try...baru ada rasa nasi kandar kot eh..

Monday, April 18, 2011

Custard Teacake

Bila rasa boring, I have to bake something...TER ingin nak bake Custard Teacake ni. Masa blogwalking, nampak ramai juga yang dah cuba kek ni..so..apa lagi..


Resepi dari Blog 1001 Resepi. Of course lah kan..tukang promote pung pang pung pang dari DTS CMG

Kek ni sedap. Yang best sebab dia menggunakan tepung kastad, lembut ala2 melt in your mouth gitu. Yang tak bestnya. warna kastad tu tak menyerlah..tak nampak kastad duk kat mana. I should have add in some coloring to the custard..macam yg Kak Nor Secubit Garam buat.Bagi nampak sket kan..Tak pe lah..lain kali lah ye.

Kesimpulannya..I loikee this cake...

Chocolate Chip Cookies

Sambil2 buat apam..sambil2 buat cookies..
Terpikat tngk gambar cookies ni kat blog Rima selepas membaca promosi dari Mat Gebu

Pertama kali buat


Ada dua benda terlupa nak folo..satu..terlupa nak beat the eggs at least 2 hours before. Satu lagi..TERlupa nak letak coffee oil walaupun botolnya dah diletakkan depan mata. Tak bubuh kekacang sebab malas dan juga tak berapa suka. But..seriously..sedap jugak. Buat chewy chewy sikit..wallah..makan masa panas2 lagi sedap..

Seminggu kemudian, bila stok dah habis buat lagi sekali..


This time around walaupun letak coffee oil, masih jugak terlupa nak beat the eggs in advance..kena tunggu juga lah dalam sejam lebih baru mulakan proses..Cuba nak cari the difference kan.. Still no kekacang sebab dah letak ground almond kan dalam tu..nanti syok2 makan cookies, jerawat pulak berlumba2 tumbuh..hehehehe

Yang ni turn out memang sedap. rapuh dan ada rasa cofee. Since I gatal2 letak 2 suduteh maka rasa cofee tu menyerlah juga lah. Next time 1 sdteh dah memadai. I still prefer makan suam2 gitu tapi ye lah kan..takkan nak perabih satu batch tu sekali hadap kan..melampau tu..

memang betul kata RIma..this one is a keeper..

Note: Masa menyukat , pastikan nestum /oats dah dikisar dahulu..baru betul propotionnya.

Apam Polka Dot

Trend terbaru ni. rata2 tngk kat internet org buat apam ni..Kita pun join jugak..


Cubaan pertama

Resepi ambil dari blog MamaFami..Panjang asal usul resepi ni..I dont know originate from who. Di MyResepi pun ramai yang dah mencuba. Di FB pun ramai ..since I follow blog Mama..Just copy dari blog dia sajalah. Whatever it is..resepi memang mudah dan tak banyak bahan..Terima kasih kpd penyumbang resepi. Semoga hidup anda diberkati.Amin.



Dan tak semena2..ada org tempah apam ni sebanyak 1100 biji..Kelakar jugak..tak pe..boleh prektis skill


Sunday, April 17, 2011

Chilli Crab

As- Salam...
Dah tak ingat bila buat ni..ada dah dlm sebulan lepas agaknya. Memang dah lama mengaruk dgn hb nak makan ketam.. Masa tu kan musim hujan,musim laut bergelora, angin kencang. Tsunami dan gempa Bumi kat Jepun nun. Nelayan tak banyak ke laut. Kalau ada pun ketam..memang mahal giler. Rezeki kot petang tu, hb singgah pasar lepas balik kerja.PAkcik jual ketam dah nak tutup kedai.dia kesian dgn pakcik tu nak balik dah..Dapatlah seploh hengget 6 ekor..penghabisan stok kekdahnya. Walaupun dah tak berapa freah..tapi boleh lah kan..buat lepas kempunan..

..

Resepi main hentam je..tapi masa blogwalking tuhari, nampak CMG letak daun kari dalam chilli crabs dia..Sedap jugak eh.

Bahan2 nya
ketam 3 ekor - bersihkan dan belah 2
3 atau 4 ulas bwp putih
1 labu bwg besar (tak pakai bwg merah dah skrg..mahal giler)
sedikit halia
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sambal tumis nasi lemak (belen buat nasi lemak ntah bila tah..hehehe)
1 biji telor
garam , gula secukupnya
2 tangkai daun kari.

Cara:

Tumis bawang putih dan bawang besar sampai garing. Masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai pecah minyak,
Masukkan sambal tumis dan biarkan sekejap. Agak2 dah masak betul sambalnya, masukkan ketam. Biar sampai ketam masak dan bertukar warna kemerah2an.Kalau rasa kering sangat,takut ketam tak masak tambah sedikit air Pukul telor dan tuangkan dlm kuali. Biar sekejap sampai telor hampir mengeras kemudian baru dikacau2...ala2 mcm telor ketam..Rasakan garam dan gulanya..It shud be pedas dan sedikit manis.
Taburkan daun kari dan tutup api


Nota:
Boleh juga letakkan udang kering utk up-kan rasa ketam. In this case, saya tak letak sebab dalam sambal tumis nasi lemak tu dah ada udang kering(atau belacan)..memadailah.