Himpunan resepi-resepi yang telah dikutip dari pelbagai sumber - cyber dan bukan cyber,kemudian dicuba di dapur sendiri. Koleksi ini adalah untuk rujukan sendiri. jika ada yang sudi menfaatkannya..alhamdulillah.
Monday, December 15, 2008
Chocolate Sponge Cake
Inilah Cholate Sponge Cake yang muncul sempena Hari Raya Aidil Adha minggu lepas. Anak teringin nak makan kek bericing lepas meleleh -leleh ayaq lioq kat FP Amal Hayati . Disebabkan mama nya tak pernah buat pun kek sponge dan tepek2 aising ni..kira macam menyahut cabaran lah ni. Nozzle semua mak nenek tu pun tak penah terfikir nak beli. Jadi petang raya tu terbongkok-lah makcik memunggah dan menyiasat kabinet dapur mencari nozzle pusaka warisan ibunda yang diberi beberapa tahun lepas..dok berkarat dalam gobok je mende tu selama ni...ya ampun.. Ada lah dua tiga biji nozzle lama..jadinya..kreativiti makcik pun limited lah kan..wahahaha..statement ngada2 of the year nih..
Nak tayang rupa paras kek ni pun malu..tak semenggah je rupa dia..tapi on the brighter side kan..kita belajar dari kesilapan dan kekurangan - betul tak? Tak pe.tak pe..pekakkan telinga..butakan mata hati yang ego itu..kah kah kah....
Sponge cake mix tu kita tapau dari kedai bakery supplier kat rumah ni...Kelakar gak kita konfiden je beli mix ni sedangkan kat peket tu takde tertulis pun cara2 nak menggodeknya. Aduhlah., menggelabah gak sekejap..Nasib baik kat FP AmalHayati tu ada mention resepi sponge kek standard..kita pun main hantam je lah... alhamdulilah...elok jer naik jadinya...kembang kempis seronok tak terucap..
Gambar kek yang dah potong tak dapat nak snap..sebab bateri out.. Ada lah snap dari hp, belum sempat nak upload lagi..Insyallah kalau tak lupa. akan diupload kemudian.. Kita potong kek tu 3 lapis, then smothered dgn buttercream. Resepi buttercream kita cilok dari Cari.com.my. Cuma kita lebihkan jumlah golden syrup..kan ke kat sini semua 'kaki' gula..
Bila bawak kek ni pi makan2 kat rumah abang ipar..laku lah pulak..walaupun rupanya buruk tapi rasanya tetap ada..hahaha..puji..jangan tak puji..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment