Yess..semangat membuat roti putih aka benggali aka loaf bread tidak pernah padam... Masa melawat blog Maisya TERsangkut dengan kaedah membuat roti 65 darjah Celcius yang dikutipnya dari blog Florence. Jadi..alang2 menerjah blog orang..jom sekali kita TERsangkut kan..hehehe
Yang seronoknya, cubaan kali ini boleh dikatakan agak berjaya. Menggunakan sepenuhnya tepung gandum..walaupun tak segebu, atau sepluffy (ekeke..ada ke istilah gini) roti benggali atau roti Gardenia..it is still a loaf bread..Kiranya kaedah tang zhong ni popular di kalangan masyarakat china manakala orang putih sebut starter. Tetapi..kaedah tang zhong ni lebih pantas dan mudah sebab tidak menggunakan yis. Cuma perlu masak adunan tepung untuk tang zhong ni atas api dan boleh digunakan selepas ia suam. Kaedah 'starter' memerlukan juga sedikit yis dan masa menunggu sebelum boleh digunakan adalah antara 12 - 16 jam..phewww..lama tu..
Buat roti ni hari Selasa...Senyum makcik tak habis lagi hingga ke hari ini - Jumaat. Kena ingat satu perkara, kalau cuaca lembap..doh roti susah naik..kena pandai cari alternatif nak naikkan roti. In my case, peram dalam oven bersama2 dua cawan air panas..Insyallah roti tu akan mengembang berganda2..
2 comments:
Nampak gebus je roti tu. Bila rajin nanti nak try la. Entah bila la tu ek...
hehehe..gebus like the tuan (oopss..bab kulit roti je la)...bila2 pun takpe Lindt..kita sama2 tunggu rajin tu bertandang...
Post a Comment