Friday, December 5, 2008

Bun Manis Kacang Merah



Kita pun buat pulak bun manis kacang merah. Pertama..kerana adunan tang zhong tu masih banyak berbaki lagi. Kedua..saja2 nak eksperimen jadi ke tak kalau guna resepi loaf untuk buat bun..

Cuma kita lebihkan gula dalam resepi ni. Not bad jugak turn out dia. cumanya bun top tu berkedut2.. roti tu macam perli tukang buat tu ..a reminder agaknya..ekekeke. But I believe kekedutan tu disebabkan oleh faktor lain iaitu terlebih sukatan mentega.Kita main agak2 je( kes malas dan nak cepat siap lah ni).So..dia terlebih lembap..betul ke??

Dari segi tekstur..lembut je walaupun dah dua hari kejadian...Lepas ni nak try resepi yang menggunakan kacang merah pulak. Banyak lagi pes kacang merah bersantai dalam peti ais.



2 comments:

LiNdT said...

kedut2 pun cantik...ekekeke
nampak sedap tu...

Pinchesska said...

salam lindt..

kedut tak cantikler lindt..makan panas2 mmg sedap dan bila lapar masa hujan2 gini..sejuk pun rasa cam sedap jer..ekekeke