Himpunan resepi-resepi yang telah dikutip dari pelbagai sumber - cyber dan bukan cyber,kemudian dicuba di dapur sendiri. Koleksi ini adalah untuk rujukan sendiri. jika ada yang sudi menfaatkannya..alhamdulillah.
Wednesday, November 12, 2008
Big Fat Chocolate Chip
Ini satu2 nya kukis raya sendiri bikin tahun ni Chocolate Chip Cookies..Bukan malas tau..cuma tak cukup masa..ekekeke. Tapi, kena buat dalam kuantiti yang banyak. Tahun ni ada sessi tukar2 kuih raya. Ada 11 family..so end up ada 11 jenis le biskut raya kat rumah tahun ni. Tak pernah makcik ada sampai 11 kuih raya..sakan giteww!
Resepi ini drp Sarah yg share resepi di FnR board kat CARI.com. Boleh tahan la.memang crunchy, tapi kalau kita bakar lama sikit sampai nampak gelap sikit, lagi sedap. Kalau malas nak bakar lama2, tambah sikit choc powder..mesti lagi sedap.Then, buat nipis2, jgn tebal yg macam dalam gambar tu, mesti laju jer kunyah..LOL
Kita ada jugak satu dua resepi dari kawan yang nampak menarik untuk dicuba. Will try very soon.
Resepinya :
Biskut Big Fat Chop Chip Sarah (copy paste dari CARI)
Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan butter, dicairkan
1 cawan gula perang (packed brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulangpembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur,pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment