Monday, November 17, 2008

Masak apa....

Satu perkara baik yang kita belajar semenjak pindah ke sini ialah..kita sudah pandai membuat hidangan lauk daging/ayam goreng kunyit. Oh...organ 2 dalaman tu pun kita dah pandai buat. Ipar duai kita kat sini suka benar hidangkan lauk goreng kunyit ni. Terutama kalau ada kenduri kendara yang tumbangkan lembu. Malah masa raya korban pun begitu. Lauk goreng kunyit ni mesti ada..Segala, organ dalaman tu..limpa,hati dicampurkan dengan daging..dibuat goreng kunyit..

Dulu kita memang tak pandai buat lauk ni..MESTI fail ..daging jadi kering dan keras la, lauk tu kering sesangat lah...macam2 hal. Hantam ikut suka hati sendiri jer buat tu..kengkonon pandai kan.. kalau teringin nak makan..DH akan buat sendiri..hahaha...tau tak pe.

Sekarang, dah tengok sendiri macam mana dia orang buat...now I know how lah...




yang ni organ dalaman ayam goreng kunyit..hati dan pedal ayam dicampur bersama. Semua tu terlebih dahulu perlu direbus sedikit bersama air (tak perlu banyak..asal separas benda2 tu saja). Letakkan sekali bawang besar ( tumbuk ke blend ke..tak kisah) serbuk kunyit atau yang fresh, sedikit garam . Kalau penggemar serbuk perasa..boleh letak juga. Rebus sampai air hampir kering.

Bila dah kering, sama ada nak ketepikan..(masih dalam kuali yang sama) atau nak dikaut keluar..tak kisah. Tuang sedikit minyak dlam kuali , goreng balik sekejap . Biar agak nampak macam berminyak2 gitu..Then masukkan bawang besar hiris dan lada hijau hiris. kalau nak kaw..hiris sikit lah cili padi tu..kacau sampai bawang dan cili layu..lepas tu boleh hidang. Pssttt....kami memang bukan peminat organ dalaman ayam ni...kalau nak makan..syarat dia..kena potong kecik2..baru boleh makan..hikhikhik..macam itu pun ada...

Satu lagi yang kita pelajari dari resepi ni..kalau tak habis dimakan, boleh guna sebagai perencah untuk membuat mee/ bihun/ kuay teow goreng...



Yang ini...Cendawan Tumis Air..Kita tak belajar dari siapa2. Kita TIRU(shhhh) Sebelum ni tak penah beli atau masak pun cendawan..Raya beberapa tahun lepas, masa terkejut tergempar pergi rumah kakak ipar, dia hidangkan lauk ini ..cepat , padat,ringkas dan mutakkhir....pheewittt..Kita tengok mak abah abang dan orang lain semuanya laju je ambil hidangan ni letak dalam pinggan.

Jadi, bila balik rumah sendiri kita eksperimen...nasib baik menjadi...Sekarang ni dah menjadi hidangan favorit di rumah. Kalau masa buntu tak tau nak masak apa..buat ini...kuah dia yang merah2 tu dah cukup jadi main course..., side dish sama ada ayam goreng atau ikan goreng...Kalau nak letak carrot ke, fish ball ke maybe boleh tapi kita tak suka sebab macam dah mengganggu rasa authentic cendawan tu..

Caranya senang je..tumis bawang putih , bawang merah,cili merah (tumbuk sket..kalau nak hiris je pn boleh)..masukkan sedikit ikan bilis tumbuk. bila dah garing, boleh letakkan cendawan. Tambahkan air kalau suka berkuah banyak..perasakan garam..siap.. FYI, kita dapati cendawan ni lebih sesuai guna ikan bilis berbanding udang..kalau guna udang sebagai perencah..macam 'flat' jer taste dia..

No comments: