Monday, May 2, 2011

Nasi Ayam Penyet

Sempena Cuti Hari Pekerja...

Resepi ambil kat MyResepi.
Tolong CnP..sbg backup..

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara


Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.



Best..best..best. Seharian dapur berbau wangi ayam goreng ...



Butter Prawn

As-Salam

Setelah puas mencari resepi dan teknik membuatnya, jumpa juga akhirnya..kat SINI

Resepi nya tak susah pun..sangat simple bahan2 nya udang , minyak masak, butter,kuning telur, daun kari. Tapi yang tak simple ialah teknik menjadikan juraian telur tu..letih juga nak kacau2 tu kan . Tapi kalau ikut resepi betul2 mesti menjadi..

Meh nak CnP..mana lah tau kan..esok2 web tu dah takde..backup ada lagi ni ha..ekekeke.

Bahan-bahan
5 ekor udang sderhana
1 cawan minyak masak
1 cawan butter
4 – 5biji kuning telur
Daun Kari

Cara-cara
1. Gaul udang bersama sedikit garam kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak dalam kuali hingga betul2 panas kemudian masukkan butter.
3. Biar butter cair dan tutup api.
4. Tuang telur kedalam jaring / acuan roti jala dan goyang2kan mcm buat roti jala tu..
5. Sambil tu telur dikacau menggunakan chopstick laju2 supaya tidak melekat.
6. Masuk udang dan masuk daun kari.Angkat menggunakan penapis.

Yang ni le hasilnye....




Yang ni ada sikit tak ikut..resepi kata kuning telor tapi sebab sayang nak buang putih telor tu sebab dah tak de plan nak buat benda lain dengannya, guna jugalah. Result..juraian telur tu tak garing /crunchy sangat...Morale of the story...tu ler..jangan degil..heheheh.Tak pe..lain kali cuba lagi..

Ayam....Kunyit dan Padprik

Salam..





Buat minggu lepas kot....dua jenis lauk yang lebih kurang sama bahan2 penyediaan asanya kecuali bahan2 sos..Yang satu tu guna serbuk kunyit je utk mendapatkan warna kuning..sementara yang satu tu adalah gabungan segala sos yang ada kat dapur..hehehe. Sos cili.sos tomato.sos tiram , sos ikan....Juga..daun limau purut..tak de dlm ayam kunyit yer..