Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Gambar2 masakan

As-Salam...

Gambar2 masakan ni lama dah buat tapi tak ingat bila buat, guna resepi siapa..sebab masa tu mood nan ado...Hari ni ada sikit rajin..so..ku tepekla gambar buat peringatan diri sendiri dan kenangan ...






Monday, February 14, 2011

Lama nyer menyelamm...

Entry pertama untuk tahun 2011 setelah lama menyelam tak timbul2. Setahun yang lepas ada banyak masalah dan gangguan jiwa, jadi rasa malas nak update blog. Banyak jugak gambar masak yg dah ambil tapi sekali lagi ...malas nak upload..sabo jer lah
Hari ni, ada sikit rajin..so pelan2 upload yaa..






Semestinya..gambar teh tarik kegemaran keluarga. Tapi sekarang dah tak 'aktif' lagi minum teh tarik ni di rumah. Mungkin sebab dah terlalu lama meneguknya tanpa rasa jemu dan mungkin juga atas faktor kesihatan. maklumlah..badan makin lama makin tua..bab lemak dan lebar, jangan sebut lah...itu sudah pasti..



Donut ni dipanggil Donut Ebab sebab dia debab. Resepi Ateh (my sister sebenarnya tapi terbiasa panggil dia Ateh sebab anak2 panggil Ateh). Ateh buat donut ni masa sama2 jaga arwah emak tahun lepas. tengok sekejap benar dia menguli dan meyudahkannya, kita pun mintak resepi dari dia. Bila dah balik rumah sendiri Januari lalu, teringin nak buat sebab musim hujan baru ni, perut asik lapar je..

Memang senang nak buat cumanya .terlebih bubuh marjerin dan ia berminyak sedikit...Buka salah resepi tapi salah tukang buat sebab main belasah jer mengaup marjerin..tak reti nk bajet2 kan..End resultnya..memang sedap dan lembut wp dah sejuk.

Friday, April 24, 2009

Membuat Piping Bag Sendiri

Dek kerana 'bengang' dgn harga piping bag yang dijual disini..(ekkekeke...benda kecik pun nak bengang..hu hu hu)..Lima keping saiz sederhana tu harganya RM 2. Bayangkan seorang novice yang tak de coupler, guna 2 keping piping bag untuk satu warna..tentu dah jadi pricy kan piping bag tu..jadi..kita buat sendiri..puas hati walaupun herot berot...takper. janji boleh lanyak piping bag banyak mana suka masa belajau main2 warna ni..

Jom layan ...










Senang jer kan..beli plastik yang agak2 sama saiz piping bag tu, kemudian gunakan plastik sealer tu..seal di bahagian tengah plastik tu...Hehe..dah seal..kasi gunting itu bahagian tengah...wallah..dah siap..2 keping beb..

Saturday, January 10, 2009

Jamu Mata kenangan lama




Monday, November 17, 2008

Masak apa....

Satu perkara baik yang kita belajar semenjak pindah ke sini ialah..kita sudah pandai membuat hidangan lauk daging/ayam goreng kunyit. Oh...organ 2 dalaman tu pun kita dah pandai buat. Ipar duai kita kat sini suka benar hidangkan lauk goreng kunyit ni. Terutama kalau ada kenduri kendara yang tumbangkan lembu. Malah masa raya korban pun begitu. Lauk goreng kunyit ni mesti ada..Segala, organ dalaman tu..limpa,hati dicampurkan dengan daging..dibuat goreng kunyit..

Dulu kita memang tak pandai buat lauk ni..MESTI fail ..daging jadi kering dan keras la, lauk tu kering sesangat lah...macam2 hal. Hantam ikut suka hati sendiri jer buat tu..kengkonon pandai kan.. kalau teringin nak makan..DH akan buat sendiri..hahaha...tau tak pe.

Sekarang, dah tengok sendiri macam mana dia orang buat...now I know how lah...




yang ni organ dalaman ayam goreng kunyit..hati dan pedal ayam dicampur bersama. Semua tu terlebih dahulu perlu direbus sedikit bersama air (tak perlu banyak..asal separas benda2 tu saja). Letakkan sekali bawang besar ( tumbuk ke blend ke..tak kisah) serbuk kunyit atau yang fresh, sedikit garam . Kalau penggemar serbuk perasa..boleh letak juga. Rebus sampai air hampir kering.

Bila dah kering, sama ada nak ketepikan..(masih dalam kuali yang sama) atau nak dikaut keluar..tak kisah. Tuang sedikit minyak dlam kuali , goreng balik sekejap . Biar agak nampak macam berminyak2 gitu..Then masukkan bawang besar hiris dan lada hijau hiris. kalau nak kaw..hiris sikit lah cili padi tu..kacau sampai bawang dan cili layu..lepas tu boleh hidang. Pssttt....kami memang bukan peminat organ dalaman ayam ni...kalau nak makan..syarat dia..kena potong kecik2..baru boleh makan..hikhikhik..macam itu pun ada...

Satu lagi yang kita pelajari dari resepi ni..kalau tak habis dimakan, boleh guna sebagai perencah untuk membuat mee/ bihun/ kuay teow goreng...



Yang ini...Cendawan Tumis Air..Kita tak belajar dari siapa2. Kita TIRU(shhhh) Sebelum ni tak penah beli atau masak pun cendawan..Raya beberapa tahun lepas, masa terkejut tergempar pergi rumah kakak ipar, dia hidangkan lauk ini ..cepat , padat,ringkas dan mutakkhir....pheewittt..Kita tengok mak abah abang dan orang lain semuanya laju je ambil hidangan ni letak dalam pinggan.

Jadi, bila balik rumah sendiri kita eksperimen...nasib baik menjadi...Sekarang ni dah menjadi hidangan favorit di rumah. Kalau masa buntu tak tau nak masak apa..buat ini...kuah dia yang merah2 tu dah cukup jadi main course..., side dish sama ada ayam goreng atau ikan goreng...Kalau nak letak carrot ke, fish ball ke maybe boleh tapi kita tak suka sebab macam dah mengganggu rasa authentic cendawan tu..

Caranya senang je..tumis bawang putih , bawang merah,cili merah (tumbuk sket..kalau nak hiris je pn boleh)..masukkan sedikit ikan bilis tumbuk. bila dah garing, boleh letakkan cendawan. Tambahkan air kalau suka berkuah banyak..perasakan garam..siap.. FYI, kita dapati cendawan ni lebih sesuai guna ikan bilis berbanding udang..kalau guna udang sebagai perencah..macam 'flat' jer taste dia..