Wednesday, December 31, 2008

Chicken Chop




Chicken chop ini antara masakan beberapa hari/minggu lepas sempena kehadiran segerombolan nephews and neices yang tetiba mengistiharkan nak bercuti ke rumah busu dia... Takder mood nak story..tengok gambar je la..


Chicken tu my niece yang buat. Masa kita tanya dia ambil resepi dari mana..dia kata dia belasah je main trial and error ..hahaha..macam tu pun ada. Me just buat the gravy jer iaitu basic brown sos, tambah sikit fresh diced tomato and fresh black pepper..ingat nak letak blackpepper sauce tapi nengok tinggal botol jer...takper..layan jer lah..Bila dah ramai tu kan macam2 kerenah ada..tu pasal ada mashed potato and fries....now I know lah the feeling of having ramai ahli isi rumah..looking at how they sapu bersih the food....all I can say is...omg..omg...ekekekke



Wednesday, December 24, 2008

Chocolate Sponge Cake...lagi..




Chocolate Sponge cake ni last minute order kununnya. Dalam banyak2 permintaan untuk birthday, anak saudara cuma minta kek birthday macam yang dia makan kat rumah bapa saudara dia masa raya haji hari tu..Ada peminat rupanya kek sponge kita yang tak semenggah tu .ekekeke..

Tengokle deconya..memang tahap budak sekolah baru belajar ekonomi rumahtangga...Disebabkan tak mahu menghampakan permintaan budak tonet tu..buat juga ler. kesian..dia kan nak masuk darjah satu dah tahun depan..so...kena lah bagi sokongan moral..


Takper..takper...usaha tangga kejayaan....kalau tak cantik pun ..anggaplah cantik jugak..wahahaha..ku pujuk hatiku sendiri...



Sosej Roll




Yess...resepi yang simple. Kejap je buat dan kejap jugak le lesap...Roll Sosej ni kita ambil dari MyResepi yang disumbangkan oleh Ah Mat Gebu. Sos nya kita tak ikut sebab tak penah tahu pun ada jeruk capers bagai..Sos pencicah kita hanya mix cili sos dgn mayonis..jadiler sos ala2 Thousand Island..

Sila ..sila....jamu mata..



Ayam Goreng Marsala



Ayam Goreng Marsala ni sedap juga. Hehehe..peminat ayam goreng tegar nih. Masa belek2 file resepi dlm pc, nampak le pulak gambar ayam nih. DH yang duduk sebelah kita pun tanya..taknak buat ke ayam goreng mamak tu...Wah..sokongan padu nampaknya daripada isirumah..

Bagi peminat ayam goreng ala2 mamak nasi kandar tu..memang suka ler kan ayam goreng kaler2 merah gini. Kita buat pun sebab nostalgia kat Penang tu ler..ahakss.Maaf ler sebab kaler ayam tu gelap sikit..ralit kat dapur sampai lupa ayam tu dah cukup masa kena angkat dari kuali. My son tanya..kenapa kaler tak sama mcm dalam gambar tadi...hehehe..TErsenyap kejap makcik....ekekeke

Not bad to try this recipe...


Tuesday, December 16, 2008

Tomyam Campur dan Chicken Sweet Sour

Disebabkan kekeringan idea nak masak apa untuk dinner 2 hari lepas, kita pun TERingat nak tiru idea makanan masa dinner - Tom Yam Campur dan Chicken Sweet sour di New Horizon Garden Restaurant tempoh hari. Tambahan pulak hari hujan,sejuk je suasana..dapat makan tomyam panas2 tentu sedap kan..

Selama hidup dikandung badan nih..tak penah pun buat tomyam yang keruh dan merah je warnanya. Kita suka yg clear sup saja. Pernah cuba makan beberapa kali tapi tak boleh nak jatuh cinta..Disebabkan DH request nak makan tomyam keruh..TERpaksalah berusaha lebih sikit nak buat tomyam kali ini..Berusaha lebih tu dalam ertikata..main belasah tumis sikit bawang putih lengkuas dan lada merah yg ditumbuk...Sebelum taruh sayur2an. kuah memang keruh. Bila dah letak sayur..'tiba-tiba' jadi jernih lah pulak...Takper..takper..nasib baik rasa dia masih menten rasa tomyam..Takderlah terencat sangat perasaan..ekekeke

Alang2 dah meniru tu kan..kita tirulah sekali style chicken sweet sour restoran tu . Hanya menggunakan chicken fillet yang disalut tepung ( ala-ala butterfly prawn kaedahnya). Sos sweet sour tu ikut suka hati sendiri je nak letak sos apa yg nampak kat dapur .sos tiram.sos cili dan sos tomato. A dash of black pepper n white pepper. Letak sikit green capsicum . nak kasi pedas sikit..letak hirisan cili padi. Oh ya..kalau gravy cair, tambah sikit campuran tepung jagung..Wallah...sedap..

Roti Arab


Yess..Sehari selepas Aidil Adha kita TER buat Roti Arab ini sekali lagi. Famous betul roti ni dikalangan my friends terutamanya cik adik manis tu yang dah membuatnya dua kali. Dah tu ..habis dikepo2nye akan kesedapan dan keenakan roti ni..memang layak jadi marketing rep wehhh....


Disebabkan mabuk daging melanda gara2 banyak makan daging masa raya haji, tak mahu pandanglah masakan2 berasaskan ayam atau daging. Jadi..TERbuatlah Roti Arab ni.Cicah dengan sambal sardin dan Kuah Dal (resepi NoorMasri dari Cari.com)..sedap juga rupanya cicah dgn sambal sardin ni...Tetamu yang berpeluang makan pun kata sedap..wah..boleh meniaga ni makcik!!


Gambar kurang menarik sebab malu lah pulak nak snap2 gambar depan tetamu..gambar sambal sardin dan kuah dal pun tak ambil..sebab tetamu dah tanya..aik..gambar makanan pun ambik..aiyaiyai.....makcik pun sentap ler..ekekeke

Sila..jamu mata ...

Monday, December 15, 2008

Chocolate Banana Cake









Kita buat 2 biji kek masa aidil adha baru2 ni.. Sebab kita geram tengok gambar Chocolate Banana Cake kat FP AmalHayati tu lah. Hari tu masa makan Choc Banana Cake kat SR tu, rasa macam tak puas hati jugak sebab rasa macam pahit sket. Jadi masa bloghopping ..TERserempak dgn resepi Choc Banana ni..wah..ini sudah bagus...











Untuk kek ini, kita tak main shortcut dgn sponge keknya..Kita follow sebiji2. Mula2 masa rasa sponge kek tu rasa macam tawar sket. Susah hati jugak kot2 tak reti sukat bahan2..ekekeke.Lepas kek masak, kita pun pergilah berfoya2 makan2 kat rumah abang ipar lah, adik iparlah. Sedangkan pisang pun belum beli lagi, whipped cream pun dah sold out kat the one and only supermarket kat sini. Musim2 raya ni..banyak benda tak dapat nak dibeli..dasat!dasat!


Bila dah jumpa pisang, whipped cream lah pulak tak ada. Nak ke TESCO, Kota Bharu, jammed separuh mati dibuatnya...Tangguh lagi..Kesudahannya pesan kat anak saudara yang dok kat KB tu mintak tolong belikan cream masa dia nak datang menziarah. yang kelakarnya, dia bagitau..hanya ada kotak kecil je..yang lain2 semua sudah liao...Lagi sekali..dasat!dasat!


Kalau ikut resepi asal. ada guna dairy and non dairy whipped cream. mintak maaflah, kita TERpaksa derhaka..semuanya pakai dairy je ( ke non dairy??). Disebabkan 2 hari tersadai, pisang kita beli pun makin susut jumlahnya. Ada je tangan2 tak reti bahasa tu kuti pisang kita..Tak dapeklah nak potong pisang tu tebal2 letak atas lapisan..limited edition lagik..


Tapi kan..end result dia..memang worth the wait and the try lah..wa cakap lu..memang marvelous. Setiap orang yang merasa makan kek ni , puji ..sedap sangat...Kita yang pertama sekali potong kek dan merasa kek ni pun puji diri sendiri..Ya ampun..memang sedap banget!! Thank you AmalHayati dan penyumbang resepi ni (Inasally). Memang boleh jadi kek wajib di hari raya..

Ni tengah berkira2 nak buat sekali lagi..tapi kena tunggu dulu..stok whipped cream yang jauh nak didapatkan..telah mematahkan semangatku..rileks..rileks...


Chocolate Sponge Cake



Inilah Cholate Sponge Cake yang muncul sempena Hari Raya Aidil Adha minggu lepas. Anak teringin nak makan kek bericing lepas meleleh -leleh ayaq lioq kat FP Amal Hayati . Disebabkan mama nya tak pernah buat pun kek sponge dan tepek2 aising ni..kira macam menyahut cabaran lah ni. Nozzle semua mak nenek tu pun tak penah terfikir nak beli. Jadi petang raya tu terbongkok-lah makcik memunggah dan menyiasat kabinet dapur mencari nozzle pusaka warisan ibunda yang diberi beberapa tahun lepas..dok berkarat dalam gobok je mende tu selama ni...ya ampun.. Ada lah dua tiga biji nozzle lama..jadinya..kreativiti makcik pun limited lah kan..wahahaha..statement ngada2 of the year nih..


Nak tayang rupa paras kek ni pun malu..tak semenggah je rupa dia..tapi on the brighter side kan..kita belajar dari kesilapan dan kekurangan - betul tak? Tak pe.tak pe..pekakkan telinga..butakan mata hati yang ego itu..kah kah kah....

Sponge cake mix tu kita tapau dari kedai bakery supplier kat rumah ni...Kelakar gak kita konfiden je beli mix ni sedangkan kat peket tu takde tertulis pun cara2 nak menggodeknya. Aduhlah., menggelabah gak sekejap..Nasib baik kat FP AmalHayati tu ada mention resepi sponge kek standard..kita pun main hantam je lah... alhamdulilah...elok jer naik jadinya...kembang kempis seronok tak terucap..


Gambar kek yang dah potong tak dapat nak snap..sebab bateri out.. Ada lah snap dari hp, belum sempat nak upload lagi..Insyallah kalau tak lupa. akan diupload kemudian.. Kita potong kek tu 3 lapis, then smothered dgn buttercream. Resepi buttercream kita cilok dari Cari.com.my. Cuma kita lebihkan jumlah golden syrup..kan ke kat sini semua 'kaki' gula..


Bila bawak kek ni pi makan2 kat rumah abang ipar..laku lah pulak..walaupun rupanya buruk tapi rasanya tetap ada..hahaha..puji..jangan tak puji..


Friday, December 5, 2008

Bun Manis Kacang Merah



Kita pun buat pulak bun manis kacang merah. Pertama..kerana adunan tang zhong tu masih banyak berbaki lagi. Kedua..saja2 nak eksperimen jadi ke tak kalau guna resepi loaf untuk buat bun..

Cuma kita lebihkan gula dalam resepi ni. Not bad jugak turn out dia. cumanya bun top tu berkedut2.. roti tu macam perli tukang buat tu ..a reminder agaknya..ekekeke. But I believe kekedutan tu disebabkan oleh faktor lain iaitu terlebih sukatan mentega.Kita main agak2 je( kes malas dan nak cepat siap lah ni).So..dia terlebih lembap..betul ke??

Dari segi tekstur..lembut je walaupun dah dua hari kejadian...Lepas ni nak try resepi yang menggunakan kacang merah pulak. Banyak lagi pes kacang merah bersantai dalam peti ais.



Roti Putih - Kaedah 65C TangZhong


Yess..semangat membuat roti putih aka benggali aka loaf bread tidak pernah padam... Masa melawat blog Maisya TERsangkut dengan kaedah membuat roti 65 darjah Celcius yang dikutipnya dari blog Florence. Jadi..alang2 menerjah blog orang..jom sekali kita TERsangkut kan..hehehe


Yang seronoknya, cubaan kali ini boleh dikatakan agak berjaya. Menggunakan sepenuhnya tepung gandum..walaupun tak segebu, atau sepluffy (ekeke..ada ke istilah gini) roti benggali atau roti Gardenia..it is still a loaf bread..Kiranya kaedah tang zhong ni popular di kalangan masyarakat china manakala orang putih sebut starter. Tetapi..kaedah tang zhong ni lebih pantas dan mudah sebab tidak menggunakan yis. Cuma perlu masak adunan tepung untuk tang zhong ni atas api dan boleh digunakan selepas ia suam. Kaedah 'starter' memerlukan juga sedikit yis dan masa menunggu sebelum boleh digunakan adalah antara 12 - 16 jam..phewww..lama tu..




Buat roti ni hari Selasa...Senyum makcik tak habis lagi hingga ke hari ini - Jumaat. Kena ingat satu perkara, kalau cuaca lembap..doh roti susah naik..kena pandai cari alternatif nak naikkan roti. In my case, peram dalam oven bersama2 dua cawan air panas..Insyallah roti tu akan mengembang berganda2..

Mee Sup Bebola Ikan




Rasanya buat hidangan Mee Sup Bebola Ikan ni hari Isnin lepas, waktu hujan lebat yang teramat sangat.. Sejuk menggigil2 ..Sudah banyak kali buat, gambar pun dah pernah letak di blog yang satu lagi tu, tetapi selalunya menggunakan bihun . Kali ni mahu mencuba kelainan..gunakan mee kuning pulak. Bahan2 taburan pun ikut apa yang ada kat rumah saja..saperlah pulak yang rajin nak ke pasar beli bahan2 masa hujan lebat kan..tambah pulak harga barang dijamin naik masa tu..saja cari pasal sakitkan hati sendiri kan..ekekeek


Resepi adalah di timba(lagi!!) dari forum Cari yang disumbangkan oleh long US . Resepinyer kopipes sajalah..


FISH BALL NOODLE SOUP

300 gm rice vermicelli
water
10 cups chicken stock
1/4 cup anchovies- wash and cleaned
4 tbsp preserved radish
1 tsp white pepper
30 fish ball

4 tbsp light soya sauce]
chilli sliced thinly ] combined


garnish

1 stalk spring onions chopped
2 fish cakes, sliced
few strips of fried beancurd
ini long tambah..sawi, sotong ball apa2 suka.


1. soak the rice vermicelli in cold water. scald well and drain. ( ini long rebus kejap ngan air panas)
2. put the chicken stock, anchovies, preserved radish and pepper in a large pot and bring the mixture to the boil then let it simmer for 20 minutes.
add water when necessary (yg ni long tambahkan bawang putih dan halia pas tu tapis dapat kuah yg jernih)
3. drop the fish balls into the soup and continue to simmer till the fish balls float
4. dish out the vermicelli into individual bowls.
add the garnish and pour the hot soup over the vermicelli.
makan ngan cili + kicap.....



Kita buat mee ni ada alteration sikit, Kita tak letak 10 cawan stok ayam tu sebab ikan bilis yang direbus tu dah jadi stok ikan bilis dah..so..gunakan yang tu sajalah. Kalau nak letak pun, satu kiub stok ayam Knorr pun dah memadai.

Preserved radish tu..kita gunakan lobak asin saja. Cincang halus2 rebus sekali dgn ikan bilis kemudian tapis. Apapun..bila dah letak cili kicap tu kan...tak ingat dah berapa byk letak stok ayam pun..yang warna hitam dan pedas berdesing tu jugaklah yang menjadi pojaan hatiku..ekekek


Popia Berinti Sosej

Ini kes dah tak tau nak buat apa dgn belen kulit popia penghujung syawal tuhari. Masa belek2 packaging tu dah dapat rasakan kulit popia tu on the way nak berpenyakit. jadi...langkah pembasmian jangka pendek..kita gorengkan saja..Ada pulak Sosej Siam yang DH kirim dr kawan dia yg balik kampung ke Siam nun..

Bezanye, sosej siam ni ialah -ada diletakkan pulut dalam sosej tu..juga sedikit masin to my taste. Dia orang gunakan sosej begini untuk jualan..apa nak panggil ye..ahh..yang jual style celup2 tepung macam nugget,chickenball bagai tu kan..macam tu le. Cumanya sosej ini dibakar sebab kemasinanya tu le..



Idea ni sebenarnya di timba (cewahh..takmo ngaku ditiru) dari satu blog..yummylicious kalau tak silap...Sedap juga ye sosej digulong dalam kulit popia , goreng kemudian cicah dgn sos cili..Yummy..

Ayam Goreng Rempah



Ayam Goreng Rempah ini terhasil disebabkan takde mood nak cross stitch, jadi TERlebih lah pulak meluangkan masa bloghopping. Saja je kan bagi alasan tak de mood bagai..Macam biasalah ..cuti sekolah ni kena bercuti sekejap dari mengadap pc..maklumlah kan..kena share dgn anak..jadi mak kena mengalah la kan.. Okeh..masa bloghopping tu, TERmasuk blog ini dan TERberkenan dgn resepi Ayam Goreng Rempah. Owner blog tu kata, dia masak satu lauk ni saja dan famili dia pun seronok makan..kita pun TERguda juga lah kan..


Inilah my version of Ayam Goreng Rempah. Bezanya cuma kita letakkan setangkai daun kari sebelum tutup api..Semerbak bau daun kari tu..I like!! Tak pasal pasal TERnostalgia kat Nasi Kandar Shariff di Gelugur, Penang nun. Last time melawat En Shariff tu masa bulan puasa tu hari...walauwee...termengah2 kami anak beranak makan nasi kandar..rupanya..our tastebuds pedas tu dah jadi kacang lupakan kulit..dah kira macam..tak tahan pedas dah...boleh gitu??

Thursday, December 4, 2008

Dinner


Lama juga dapur ni tak berasap dgn update ek..Bukan apa...hampir 1 minggu hari asyik hujan saja..24 jam tanpa henti. Bezanya..cuma lebat atau tidak je...line internet pun tak berapa sihat jadinya..kejap2 putus...jadi..faham2 ajelah...mood nak menghapdet tu ada kurenglah...


Entry terakhir minggu lepas kita ada sebut nak keluar dinner kan.. di New Horizon Garden Restaurant - Jalan Pasir Mas- Salor. Rasa nya restoran ni baru juga di Kelantan ni. Agak tersohor jugak lah di sini. Sudah setahun menetap di sini..baru lah merasa nak jalan2 cari makan . Maklumlah kan...tempat baru, banyak beno pulak halangan dan cabaran..ekekeke..macam Amazing Race je..


Boleh tahan juga lah hidangan2 di sini..Cuma yang tidak puas hati ialah..portion nye sikit sangat...I think morale of the story kalau nak gi makan di sini ialah...Jangan pastikan perut terlalu lapar..sure mengeluh tak puas makan..heheheh


Antara hidangan yang dinikmati :




Tomyam Seafod...Keruh betul kuah dia. Rata2 kata sedap tomyam style gini. Kita pun kata sedap jugak..cumanya..(ekekeke) manis sikit for my taste..Agaknya kalau pedas..mesti kita sorang je yang makan kot..



Chicken Sweet Sour dan Siakap Kukus.



Tak tahu apa nama hidangan ni. Udang goreng dan ada telor yang macam sarang di tabur atasnya.. not bad. Ada 2 lagi hidangan yg tak sempat nak snap gambar...Blackpepper beef dan Kailan Ikan Masin. Like I mentioned earlier..portion nye sikit..tak sempat nak enjoy..dah kena ngap dgn teman2 semeja yg lain..heheheh



Desert... yang pink karer tu jangan tanya nama..wa pu che tau..Yang pasti ada fruit cocktail tersembunyi di dasar mangkuk. Satu lagi ialah Banana Split..Hujan2 gini ada gak orang oder aiskrim..tapi ye lah kan..dia orang dah biasa dah dgn suasana hujan2 gini..Kita jer yang ' culture shock' skit time hujung2 tahun begini..

Saturday, November 29, 2008

Scrambled Eggs & Toast


Brunch on Friday is scrambled eggs and toast..Kat sini weekend kan hari Jumaat..tambahan pulak hari hujan sepanjang hari..masing2 pun sebok melingkaq atas katil..jadi brunch sajalah..malam pulak ada makan2 di luar..so..buat yang ringkas2 saja lah utk makan siang hari..

Since, kita orang ni penggemar makanan ala2 western....kalau kata ringkas tu maksudnya..roti dan telur le. Grilled sosej sikit dan buat hash brown (lagi!!)..scrambled eggs dan akhirnya buttered toast...Scrambled egg tu kita letak sikit cream..bagi filling jadi lambat le lapar sementara nak tunggu dinner kan..Letak sikit mayo n cili sos..walllah...alhamdulilah..kenyang.

Kari Udang




Salah satu juadah kegemaran family ialah Kari Udang.. Dulu2..masa baru kawin, hanya tau buat Masak Lemak Cili api atau sambal tumis saja kalau beli udang kat pasar. Yang lain2 pesen...tarak tau bikin. Semenjak menetap di Penang dahulu kala, TERbelajar buat Kari Udang pulak. Rata2nya, orag Penang akan masak kari ..jadi apa salahnya belajar kan...


Bila dah buat tu..tetiba jadi kesukaan lah pulak. Cara kita masak lauk ini ada sedikit perbezaan dgn orang utara masak. Depa masak style rebus rempah2 semua dulu..Last sekali baru tumiskan bawang..Tumis darat istilahnya. Kita masak sytle short cut malas..hehehe. Sama macam masak kari ikan dan ayam. Tiada letak rempah tambahan macam jintan apa semua tu..Tumis dalam laut gitu... hikhikhik..

Bawang putih, bawang merah, daun kari, cili merah..ditumis sehingga agak garing, baru letakkan pes kari. dah pecah minyak..baru masukkan santan cair sedikit. Biar mendidih. Lepas tu baru masukkan santan pekat . Juga udang. Agak2 udang dah masak, letakkan bahan sayuran kalau ada.. Kita suka letak timun sebab...orang sini suka letak timun dalam gulai. Lain baunya kalau letak timun ni...stim je mata kalau ambil bau dia..wakakakaka



Psssttt.... Udang ni kegemaran Mimi juga...tak boleh tipu dia. Paling tidak dia mesti cukai 5 ekor. Silap2..dia makan semuanya kalau tak kena ketuk kepala dgn anak...

Laksa

Hari Rabu lepas buat laksa..rasa macam TERINGIN sangat makan laksa. Kalau di sini, dipanggil Laksa Penang je..tapi kalau kat tempat kita kat bhg2 selatan tu, laksa kaler merah gini banyak version nyer..Laksa Penang ( of courselah kan), Laksa assam ataupun laksa nyonya kan....layan ajelah kan..
Orang sini suka guna/beli laksa basah readymade yg sedia dijual di pasar basah tu. kalau kita sebut laksa kering tu, lain macam je dipandangnya kita...mcm pelik je kata diaorang..ek eleh...kat belah2 lain tu. rata2 pakai laksa kering gini je..lepas rebus kan dah jadi rupa laksa basah..ekekeke. Makan pun laju serupa tu juga...habih dok kata pelik pasai apa...saja ja tauu..
Cumanya, laksa kering di sini lebih halus dari tempat2 lain tu..laksa style siam le kununnya..hehehe..Kita tak kisah..halus ke kasar ke..janji laksa..makan serupa tu jugak...wakakaka
Jadi, inilah roper Laksa kita . Since satu family ni tak mencintai belacan..jadinya, tiadalah adanya penggunaan belacan ataupun petis dalam masakan laksa ini..My mom pun tak penah letak belacan dalam laksanya..since ada anak nya yg elergik..so, I'm used to no belacan in my laksa..lagi best.
Resepi ini adalah ditiru dari resepi my mom..so kira macam carry on with tradisilah gitu...Just that, my mom tak letak le telur rebus sbg rencah hiasan. Just that hubby kata..org sini letak telur rebus ..so..kita ikut ajelah..Kang kena buang daerah sebab derhaka kang..susah pulak lah kan...

Sunday, November 23, 2008

Roti Goreng Inti Sosej

Bab roti belum selesai . Hari Sabtu, cuba lagi buat roti. Kali ni spesis lain pulak sebab nak mencuba kepelbagaian konon..

Masa bloghopping di blog MamaFami , TERberkenan dengan Roti Goreng Inti Sosej

Sedap jugak ...ala2 makan donut inti sosej....worth the try ..

Gambar isi perut roti tak sempat nak snap, bateri kamera sudah out...siapa yang nak tunggu lagikan..ngap ajelah..

Roti Putihku..... tak menjadi..

Ini cubaan yang entah ke berapa kali . Semenjak teman di FnR - Encik Niceghost sibuk promosikan roti benggali menggunakan tepung gandum, dah banyak kali cuba buat sendiri...dan dah banyak kali juga lah kantoi....keras,penyek,tak putih, peroi..semua ada...Rasanya belum ada sekalipun yang turns out perfect..

Jadi, hari Jumaat lepas cuba sekali lagi. Kali ini menggunakan resepi dari Amy Beh ( CyberKuali) . Tapikan, tak boleh salahkan resepi jugak..sebabnya kita derhaka kat resepi tu..LOL. Resepi suruh guna high protein flour, kita guna tepung gandum je..Tak tulis pun letak bread improver..kita letak juga sesudu teh..habih..camno roti tak berongga rongga besau macam sponge ...





Inilah rupa roti putih sponge tuh..Ini potong masa panas2..makan begitu sahaja pun sedap..( puji diri sendiri nih). Baki yang setengah lagi sudahnya menjadi crouton..selesai satu bab..LOL. Akan ku cuba lagi membuat roti sehingga berjaya...


Friday, November 21, 2008

Sandwich Telor , Hash Brown Potato dan Crouton






Jemu lah makan nasi, so untuk dinner tadi ala2 western gitu..Sandwich Telor, Hash Brown dan Crouton....Yang simple saja sebab min alif lam sin bermaharajalela...

Resepi sandwich telor ni ikut suka hati kita je..

Telor rebus - dihancurkan. Mayonis (ikut suka banyak mana) Gaulkan kesemuanya dengan sedikit garam dan black pepper..Itu sahaja.

Rasa boring pulak kan makan sandwich togel gitu jer..Kita pun eksyen sikit dengan hash brown potato. Resepi kita tiru dari blog ini Yummylicious. Sedap you!!

Untuk tambah fattening lagik ...hikhikhik..bukak 1 tin kecil Mushroom Soup Campbell...regukan dengan Crouton..Resepi Crouton pun tiru dari blog yang sama . Cumanya, tak de lah letak cheese bagai kat roti tu...

Senang banget nak buat..kalau malas nak sebut crouton boleh je serbut garlic bread garing...Marjerin tu kita campurkan dgn sedikit bawang putih...campur sikit oregano dan basil..dah jadi..sapukan atas roti....bakar dalam oven selama lebih kurang 10 - 15 minit..siappp..



Yummy...kenyang . meriah pinggan dan kalori..sedap tau makan crouton yang santai berenang2 dlm mangkuk mushroom soup tu...

Nasi Goreng Biasa-Biasa saja...

Yessza....ini nasi goreng hubby buat untuk dinner malam semalam...hehehe.. Kita tak pandai buat nasi goreng selain dari kaler putih....yang letak cili padi tumbuk tu le.. Kalau nak makan nasi goreng selain dari warna putih..kena cari tukang masak lain...

Boleh tahan jugak nasi goreng ni . Pandai larling masak..ekekeke..LOL.
Nama nasi goreng ni..Nasi Goreng Biasa-biasa aja. Simple sangat...hanya ada mix vege sahaja. Telor mata kerbau sorang satu....settle..janji kenyang...

Wednesday, November 19, 2008

Mee Goreng campur koay teow....

yess..di musim2 hujan ni ..tambahan pulak cuti sekolah ni kan....ada orang tu lapar je kerjanya..Otak kita pun kena laju je pikir nak masak apa, nak kasi makan apa kan......tambah2 lak hujan sepanjang hari..nak keluar tak berapa syiok..jadi...apa lagi...kena cardas!!



Dh dan anak cukup suka kalau buat mee goreng dicampur sekali dengan koay teow. Kalau ikutkan hati kita..mesti kita cakap dah kat dia orang...pesen apa makan campur2 gini..hehehe..tapi dalam dok merungut2 tu kita ikutkan jugak..sayangkan anak ikut2kan..sayangkan suami..follow2 aje lah kan....

Dulu2 kita tak pandai langsung buat benda2 bergoreng ni..mesti ada slack kat mana2..Alhamdulillah...sekarang dah pandai sikit2..Betul ek orang kata..practice makes perfect. Cuma, jangan disuruh masak dalam kuantiti yang banyak..mesti nanti orang yang suruh tu menyesal tak sudah...hikhikhik..
Seperti biasa, kalau makan petang2 hujan gini, ada teh tarik satu mug..wah....mee yang tak sedap pun boleh jadi sedap. Kalau TERpedas pun rasa mcm syiok jer kan masuk tekak..hahaha
Sila..jamu mata....

Monday, November 17, 2008

Nasi Air

Utk dinner malam tadi tak tahu nak masak apa. Hujan2 ni kalau makan sup sedap jugak kan...tapi nak yang All In One..semua ada..hehehe. Tak payah pikir dua tiga jenis regu...


Rujukan resepi asal dari blog Ah Mat Gebu ( Nasi Air Siam) yang jugak kopipes dari MyResepi. Tapi kita tak main ler daging daging ni semua. In-laws kita ajar..buat nasi air ni pakai sup ayam..jadi kita modified la sikit ikut kesenangan kita..




Inilah rupanya Nasi Air kita. Senang je membuatnya sebab kita pakai sup ayam...Bila sup dah masak, campurkan saja dengan nasi dalam mangkuk. Letak le segala macam hiasan yang kita suka..Untuk nasi air ni, kita letak lobak asin cincang ( me no like..DH jer yang makan ), telur masin, ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang goreng dan hirisan asam limau. Yang mesti ada..air lada tu ( dalam mangkuk kecik kat belakang tu)..yang ni yang bagi umphh...lagi pedas baru berasap hidung makan...yummy..



Tak lupa juga...lepas makan , pekena teh tarik sorang satu mug..haa..baru clear pemandangan...
Silakan..jamu mata.


Masak apa....

Satu perkara baik yang kita belajar semenjak pindah ke sini ialah..kita sudah pandai membuat hidangan lauk daging/ayam goreng kunyit. Oh...organ 2 dalaman tu pun kita dah pandai buat. Ipar duai kita kat sini suka benar hidangkan lauk goreng kunyit ni. Terutama kalau ada kenduri kendara yang tumbangkan lembu. Malah masa raya korban pun begitu. Lauk goreng kunyit ni mesti ada..Segala, organ dalaman tu..limpa,hati dicampurkan dengan daging..dibuat goreng kunyit..

Dulu kita memang tak pandai buat lauk ni..MESTI fail ..daging jadi kering dan keras la, lauk tu kering sesangat lah...macam2 hal. Hantam ikut suka hati sendiri jer buat tu..kengkonon pandai kan.. kalau teringin nak makan..DH akan buat sendiri..hahaha...tau tak pe.

Sekarang, dah tengok sendiri macam mana dia orang buat...now I know how lah...




yang ni organ dalaman ayam goreng kunyit..hati dan pedal ayam dicampur bersama. Semua tu terlebih dahulu perlu direbus sedikit bersama air (tak perlu banyak..asal separas benda2 tu saja). Letakkan sekali bawang besar ( tumbuk ke blend ke..tak kisah) serbuk kunyit atau yang fresh, sedikit garam . Kalau penggemar serbuk perasa..boleh letak juga. Rebus sampai air hampir kering.

Bila dah kering, sama ada nak ketepikan..(masih dalam kuali yang sama) atau nak dikaut keluar..tak kisah. Tuang sedikit minyak dlam kuali , goreng balik sekejap . Biar agak nampak macam berminyak2 gitu..Then masukkan bawang besar hiris dan lada hijau hiris. kalau nak kaw..hiris sikit lah cili padi tu..kacau sampai bawang dan cili layu..lepas tu boleh hidang. Pssttt....kami memang bukan peminat organ dalaman ayam ni...kalau nak makan..syarat dia..kena potong kecik2..baru boleh makan..hikhikhik..macam itu pun ada...

Satu lagi yang kita pelajari dari resepi ni..kalau tak habis dimakan, boleh guna sebagai perencah untuk membuat mee/ bihun/ kuay teow goreng...



Yang ini...Cendawan Tumis Air..Kita tak belajar dari siapa2. Kita TIRU(shhhh) Sebelum ni tak penah beli atau masak pun cendawan..Raya beberapa tahun lepas, masa terkejut tergempar pergi rumah kakak ipar, dia hidangkan lauk ini ..cepat , padat,ringkas dan mutakkhir....pheewittt..Kita tengok mak abah abang dan orang lain semuanya laju je ambil hidangan ni letak dalam pinggan.

Jadi, bila balik rumah sendiri kita eksperimen...nasib baik menjadi...Sekarang ni dah menjadi hidangan favorit di rumah. Kalau masa buntu tak tau nak masak apa..buat ini...kuah dia yang merah2 tu dah cukup jadi main course..., side dish sama ada ayam goreng atau ikan goreng...Kalau nak letak carrot ke, fish ball ke maybe boleh tapi kita tak suka sebab macam dah mengganggu rasa authentic cendawan tu..

Caranya senang je..tumis bawang putih , bawang merah,cili merah (tumbuk sket..kalau nak hiris je pn boleh)..masukkan sedikit ikan bilis tumbuk. bila dah garing, boleh letakkan cendawan. Tambahkan air kalau suka berkuah banyak..perasakan garam..siap.. FYI, kita dapati cendawan ni lebih sesuai guna ikan bilis berbanding udang..kalau guna udang sebagai perencah..macam 'flat' jer taste dia..

Sunday, November 16, 2008

Mexican Bun aka Coffee Bun

Hari Khamis mencuba buat Mexican Bun aka Coffee Bun. resepi (macam biasalah kannn...) dikutip dari forum CARI . Banyak lagi resepi dari situ yang belum dicuba...dolu2 makcik ni rajin lepak kat CARI..sekarang je macam dah patah sayap...hehehe .Resepi kopipes dari FnR Board CARI okeh..

Petang tu bukan main bersemangat menguli..plap plup plap plup bunyi tepung kena lanyak. Walaupun hari hujan sepanjang hari tapi semangat tak luntur. Lepas dah siap uli..rehatkan doh dalam oven bertutup bersama semangkuk air panas. Lepas Maghrib tu tengok cantik je doh tu bersantai.


Tiba2 abang ipar pulak talipon ajak pergi Pizza Hut..aiseh...DH pulak..dengan selambanye terima jemputan tu .Lepas dah accept baru bagitau kita suruh bersiap nak pergi makan..Aiyaiyai...apalagi..kita pun biarkan roti tu berehat sakan. Balik rumah dah hampir 11.30 malam..Apa lagi..rotiku mengembang tak hengat...besau gedabak lah pulak . cepat2 paipkan topping dan bakau...dah lah skill menopping ni tak de..habis sememeh rupa roti..Takpe..janji ada rupa walaupun sikit...LOL


Abaikan saja ye kalau rupa roti tu tak mengguda langsung...rasa tetap ada...hahaha..pujuk lah diri sendiri. Sekurang2 nya lepas lah breakfast esoknya..makan mexican bun cicah sama kopi dan teh tarik...yeehaa!!

Resepi kopipes dari FnR Board CARI okeh..

MEXICAN BUN [hanieliza]
ehsan Pn. n00r dari USA
Make 16 buns


SWEET DOUGH
260 ml cold water
1 egg
50 gm butter
1 tsp salt
500 gm sifted bread flour
100 gm castor sugar
4 tsp instant yeast


Method


1. Masukkan semua baha dalam mesin penguli [gunakan besi hook] dan uli selama 25 minit untuk memnjadikan adunan kental dan licin.
2. Rehatkan dalam suhu bilik untuk menjadikan adunan 2 kali ganda selama lebih kurang 1 jam.Nota: Tempat yg paling sesuai ialah dalam oven [jgn ON kan suis] dan masukkan 2 cawan air panas untuk menghasilkan udara panas.
3.Selepas naik tumbuk adunan dan bahagikan adunan setiap satu 60 gm.
4. Masukkan butter dan kismis dan pastikan bulat supaya mbetter tidak terkeluar dari doh.
5. Letakkan doh atas baking tray yg telah disapukan majerin atau lapikkan dengan baking paper atau aluminium foil untuk mengelakkan bas bun mudah hangit.
6. Biarkan lagi dalam 45 minit.7. Masukkan filling cream dalam pelastik beg yg diguntingkan bucunya dan squeezekan cream onto the bun in spiral pattern.
8. Biar dalam suhu 180'C selama 12 - 15 minit


FILLING


150 gm butter – softened
100 gm raisin

MEXICAN CREAM


100 gm sifted cake flour / low-protein flour
100 gm butter
100 gm castor sugar
2 eggs
4-5 tbsp almond flakes (optional)


Method:


Put all ingredients (except the almond flakes) in a mixing bowl and blend well. Make the cream just before used.TIP: From the time the dough is placed inside the oven, the baking time must be monitored in order to avoid burning the buns. To prevent further darkening of the buns, the oven heat can be turned off when surface of buns turn golden brown, but do continue to leave the buns inside the oven until the stipulated time.HAPPY BAKING

Notes...dlm resepi ni tak de tulis serbuk kopi kan..kita tambah dalam 1 sudubesar serbuk nescafe. Sebab masa baca lain2 resepi mexican bun ni..ada yang letak serbuk nescafe..kemudian, bila dah selesai bakar, biar dulu roti dalam oven ek..kalau tergesa2 bawa keluar..roti shrink..mengempis tak hengat...kita dah TERkena..