Himpunan resepi-resepi yang telah dikutip dari pelbagai sumber - cyber dan bukan cyber,kemudian dicuba di dapur sendiri. Koleksi ini adalah untuk rujukan sendiri. jika ada yang sudi menfaatkannya..alhamdulillah.
Thursday, April 2, 2009
Coney Dog
Wednesday, March 4, 2009
Donut Kentang
Kita pun cuba resepi donut berkentang kat situ sebab ada baca review yg best pasal resepi donut ni..Apa lagi...berkayuh ler makcik membuat donut.. hari dah malam pun tak pe..janji dapat makan donut..kan..
Verdict....memang best resepi ni..cepat dan menghasilkan donut yang lembut dan gebus...walaupun dah sejuk..Tak manis sangat dan tak berminyak juga..makcik happy!. Yang penting.....rasa lembut,kelihatan lembut ..memang lembut..hikss.
Thursday, January 1, 2009
Roti Arab Maal Hijrah

Roti Arab ini antara masakan hujung tahun yang ke tiga kali buat...yang sempat disnapkan gambar..maleh la nak snap snap nih..mood hilang tah ke mana...tapi gambar roti arab ni kena snap jugak sebab balas dendam hari tu TERsentap..ekekkee..Cicah kari ayam dan sambal sardin.Laju jer budak2 tu membersihkan pinggan masing2..Amin.
Tuesday, December 16, 2008
Roti Arab
Yess..Sehari selepas Aidil Adha kita TER buat Roti Arab ini sekali lagi. Famous betul roti ni dikalangan my friends terutamanya cik adik manis tu yang dah membuatnya dua kali. Dah tu ..habis dikepo2nye akan kesedapan dan keenakan roti ni..memang layak jadi marketing rep wehhh....
Disebabkan mabuk daging melanda gara2 banyak makan daging masa raya haji, tak mahu pandanglah masakan2 berasaskan ayam atau daging. Jadi..TERbuatlah Roti Arab ni.Cicah dengan sambal sardin dan Kuah Dal (resepi NoorMasri dari Cari.com)..sedap juga rupanya cicah dgn sambal sardin ni...Tetamu yang berpeluang makan pun kata sedap..wah..boleh meniaga ni makcik!!
Gambar kurang menarik sebab malu lah pulak nak snap2 gambar depan tetamu..gambar sambal sardin dan kuah dal pun tak ambil..sebab tetamu dah tanya..aik..gambar makanan pun ambik..aiyaiyai.....makcik pun sentap ler..ekekeke
Sila..jamu mata ...
Friday, December 5, 2008
Bun Manis Kacang Merah
Kita pun buat pulak bun manis kacang merah. Pertama..kerana adunan tang zhong tu masih banyak berbaki lagi. Kedua..saja2 nak eksperimen jadi ke tak kalau guna resepi loaf untuk buat bun..
Cuma kita lebihkan gula dalam resepi ni. Not bad jugak turn out dia. cumanya bun top tu berkedut2.. roti tu macam perli tukang buat tu ..a reminder agaknya..ekekeke. But I believe kekedutan tu disebabkan oleh faktor lain iaitu terlebih sukatan mentega.Kita main agak2 je( kes malas dan nak cepat siap lah ni).So..dia terlebih lembap..betul ke??
Dari segi tekstur..lembut je walaupun dah dua hari kejadian...Lepas ni nak try resepi yang menggunakan kacang merah pulak. Banyak lagi pes kacang merah bersantai dalam peti ais.
Roti Putih - Kaedah 65C TangZhong
Yess..semangat membuat roti putih aka benggali aka loaf bread tidak pernah padam... Masa melawat blog Maisya TERsangkut dengan kaedah membuat roti 65 darjah Celcius yang dikutipnya dari blog Florence. Jadi..alang2 menerjah blog orang..jom sekali kita TERsangkut kan..hehehe
Sunday, November 23, 2008
Roti Goreng Inti Sosej
Masa bloghopping di blog MamaFami , TERberkenan dengan Roti Goreng Inti Sosej
Sedap jugak ...ala2 makan donut inti sosej....worth the try ..
Gambar isi perut roti tak sempat nak snap, bateri kamera sudah out...siapa yang nak tunggu lagikan..ngap ajelah..
Roti Putihku..... tak menjadi..
Jadi, hari Jumaat lepas cuba sekali lagi. Kali ini menggunakan resepi dari Amy Beh ( CyberKuali) . Tapikan, tak boleh salahkan resepi jugak..sebabnya kita derhaka kat resepi tu..LOL. Resepi suruh guna high protein flour, kita guna tepung gandum je..Tak tulis pun letak bread improver..kita letak juga sesudu teh..habih..camno roti tak berongga rongga besau macam sponge ...
Inilah rupa roti putih sponge tuh..Ini potong masa panas2..makan begitu sahaja pun sedap..( puji diri sendiri nih). Baki yang setengah lagi sudahnya menjadi crouton..selesai satu bab..LOL. Akan ku cuba lagi membuat roti sehingga berjaya...

Sunday, November 16, 2008
Mexican Bun aka Coffee Bun
Petang tu bukan main bersemangat menguli..plap plup plap plup bunyi tepung kena lanyak. Walaupun hari hujan sepanjang hari tapi semangat tak luntur. Lepas dah siap uli..rehatkan doh dalam oven bertutup bersama semangkuk air panas. Lepas Maghrib tu tengok cantik je doh tu bersantai.
Tiba2 abang ipar pulak talipon ajak pergi Pizza Hut..aiseh...DH pulak..dengan selambanye terima jemputan tu .Lepas dah accept baru bagitau kita suruh bersiap nak pergi makan..Aiyaiyai...apalagi..kita pun biarkan roti tu berehat sakan. Balik rumah dah hampir 11.30 malam..Apa lagi..rotiku mengembang tak hengat...besau gedabak lah pulak . cepat2 paipkan topping dan bakau...dah lah skill menopping ni tak de..habis sememeh rupa roti..Takpe..janji ada rupa walaupun sikit...LOL
Abaikan saja ye kalau rupa roti tu tak mengguda langsung...rasa tetap ada...hahaha..pujuk lah diri sendiri. Sekurang2 nya lepas lah breakfast esoknya..makan mexican bun cicah sama kopi dan teh tarik...yeehaa!!
Resepi kopipes dari FnR Board CARI okeh..
MEXICAN BUN [hanieliza]
ehsan Pn. n00r dari USA
Make 16 buns
SWEET DOUGH
260 ml cold water
1 egg
50 gm butter
1 tsp salt
500 gm sifted bread flour
100 gm castor sugar
4 tsp instant yeast
Method
2. Rehatkan dalam suhu bilik untuk menjadikan adunan 2 kali ganda selama lebih kurang 1 jam.Nota: Tempat yg paling sesuai ialah dalam oven [jgn ON kan suis] dan masukkan 2 cawan air panas untuk menghasilkan udara panas.
3.Selepas naik tumbuk adunan dan bahagikan adunan setiap satu 60 gm.
4. Masukkan butter dan kismis dan pastikan bulat supaya mbetter tidak terkeluar dari doh.
5. Letakkan doh atas baking tray yg telah disapukan majerin atau lapikkan dengan baking paper atau aluminium foil untuk mengelakkan bas bun mudah hangit.
6. Biarkan lagi dalam 45 minit.7. Masukkan filling cream dalam pelastik beg yg diguntingkan bucunya dan squeezekan cream onto the bun in spiral pattern.
8. Biar dalam suhu 180'C selama 12 - 15 minit
FILLING
150 gm butter – softened
100 gm raisin
MEXICAN CREAM
100 gm butter
100 gm castor sugar
2 eggs
4-5 tbsp almond flakes (optional)
Method:
Put all ingredients (except the almond flakes) in a mixing bowl and blend well. Make the cream just before used.TIP: From the time the dough is placed inside the oven, the baking time must be monitored in order to avoid burning the buns. To prevent further darkening of the buns, the oven heat can be turned off when surface of buns turn golden brown, but do continue to leave the buns inside the oven until the stipulated time.HAPPY BAKING
Notes...dlm resepi ni tak de tulis serbuk kopi kan..kita tambah dalam 1 sudubesar serbuk nescafe. Sebab masa baca lain2 resepi mexican bun ni..ada yang letak serbuk nescafe..kemudian, bila dah selesai bakar, biar dulu roti dalam oven ek..kalau tergesa2 bawa keluar..roti shrink..mengempis tak hengat...kita dah TERkena..
Wednesday, November 12, 2008
Roti Burger Dan Homemade Beef Burger
Dua malam berturut-turut mood buat roti ada...Vitamin 'R' dah telan banyak agaknya..LOL. Kalau malam semalam , makan french baguettes, malam ini makan homemade burger with homemade burger buns.
So, alang alang dah merayap ke blog Maisya tu, copy paste sekali la resepi Roti burger nya..ROTI BURGER. Hasilnya..wallah...memang teruja sebab walaupun gunakan tepung gandum saja tapi tak mengecewakan..memang berbaloi. Dapat 5 ketui bun besau gedabak..phewitt!!.Abaikan bahagian yang agak gelap tu ek..TERlupa nak rendahkan suhu bila dah separuh masak..Sedap roti ni..Bangga tak hengat makcik bila menjadi...
Selalunya setiap malam sebelum tido, tengok siaran ulangan RachealRay dan Martha Stewart kat TV. Memang TERuja sangat bila melihat Rachael Ray masak burger. Burgernya besar gedabak... Since anak tanya bila mama nak try buat burger besau-besau gitu..kitapun mulakan misi mencari resepi. Keywords ..mudah, cepat, tak leceh dan praktikal...
So, nak makan roti burger ni kena ada burger lah kan..lepas puas terbang blog sana, terbang blog sini, decide nak hantam saja lah sukatan dan kuantiti buat homemade beef burger..ikut tekak melayu kitalah kan. Dengan 2 bungkus daging kisar Ramly ( 800g), gaul dgn bawang putih,bawang merah, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan daun sup,garam dan sos wocestershire(ejaan??),oregano, thyme, basil, olive oil dan bread crumbs. lepas dah puas gaul, bentukkan bulat ikut besar dan tebal mana kita nak..haa..tepek atas pan..
besau betul burger ni, nak roboh bila disusun dgn sayur dan cheese..Tak pe..besau-besaupun..sodap!! Tapikan..memang sedap burger RachaelRay sendiri bikin ni..my son kata...tak de McD kat sini pun takpelah, this one is much much better..Well..mommy is grinning till now..LOL

French Baguettes
Dinner utk malam semalam buat French Baguettes. Ambil resepi dari blog Himpunan Pelbagai Resepi Maisya.
Disebabkan sudah lama tak buat roti, mula2 tu kekok jugak lah nak uli2 ni. jadi, uli guna mixer je..sonang kijo den..Tetapi disebabkan turns out dia quite ok, rasa TERuja lah nak tayang rupa paras roti tu kat sini.
Sebagai pelengkap, buatkan Mushroom Soup utk dicicah dgn garlic baguettes ni. Mushroom Soup guna yang instant saje..jenama Knorr. Cuma tambahkan whipped cream dalam 1/2 cawan utk tambahkan umphh..memang umphh pun sebab sekali hadap je habis 3 ketui..
Oh ya, resepi sebagaimana yang dicopy paste dari blog Maisya
FRENCH BAGUETTES
Puan Roshayati Johari
Ingredients :
360g bread flour
90g superfine flour - maisya guna tepung gandum biasa je
1 teaspoon salt
1 tablespoon sugar
1 teaspoon bread improver - maisya tak bubuh
1 teaspoon bread softener - maisya tak bubuh
3 teaspoons instant yeast~
Mix well all the above ingredients.
250g water
10g shortening
Method :
1. Add water to the dry ingredients, a little at a time and knead till a smooth dough is formed.
2. Add in shortening and continue kneading till a smooth and elastic dough is formed.
3. Divide dough to 3 portions, 240g each. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
4. Roll flat one portion to form a square. Then roll it (like a swiss roll). Leave to prove till double the size, about 45 minutes.
5. Brush the top with water, twice. Then make a small cut on top of each dough.
6. Bake in a pre-heated oven at 190 degree celcius using *steam bake method for 12 minutes.
7. After 12 minutes, remove the tray with water and continue baking for another 10 minutes.
* steam bake : Place the tray with dough on top of a tray filled with water and put both trays into the oven.
