Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Nasi Ayam Penyet

Sempena Cuti Hari Pekerja...

Resepi ambil kat MyResepi.
Tolong CnP..sbg backup..

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara


Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.



Best..best..best. Seharian dapur berbau wangi ayam goreng ...



Ayam....Kunyit dan Padprik

Salam..





Buat minggu lepas kot....dua jenis lauk yang lebih kurang sama bahan2 penyediaan asanya kecuali bahan2 sos..Yang satu tu guna serbuk kunyit je utk mendapatkan warna kuning..sementara yang satu tu adalah gabungan segala sos yang ada kat dapur..hehehe. Sos cili.sos tomato.sos tiram , sos ikan....Juga..daun limau purut..tak de dlm ayam kunyit yer..

Thursday, April 28, 2011

Ayam Negro

Salam...

Sometime dalam last week buat Ayam Masak Hitam @Ayam Negro ni(pssttt..tak sampai hati nak sebut Negro kuat2..nnt macam menghina lah pulak yer..heheheh). Kutip resepi dari 1001 Resepi. Sebabnya..ternostalgia kat lauk hitam nasi kandar Pulau Pinang.

Wah..bawang kalau guna sikit mmg tak cukup perasaan . Dalam resepi ni hanya guna 4 ketul besar (memang besau penumbuk) dan kicap dalam 1 cawan. Tapi kalau nak betul2 terasa sedapnya. I believe kena letak bawang banyak lagi..Hitam legam sungguh rupa paras. Gambar ketul2 ayam pun payah nak timbul..hahaha..melambangkan kehitaman yang Terlampau..

Then terbaca pulak kat blog Kjee ..dia tambah kulit kayu manis dsb Haish..ngapalah tak ingat nak letak sebelum ni..Takpe next time boleh try...baru ada rasa nasi kandar kot eh..

Sunday, March 13, 2011

Rendang Ayam Mudah

As Salam.

Bila selalu masak di rumah, sampai satu ketika tak tahu atau takde idea dah nak masak apa..masa itu memang jammed la kepala..menung pun rasa macam tak releven je..
Bila dah puas ronda2 kat blog, ronda pulak kat notes FB friends. Macam2 boleh jumpa. Tertarik dengan entry Kjee ( Fauziah Samad) sebab dia kata Rendang Ala Kelantan. I'm married to a Kelantanese, they never serves us rendang..Kalau Kuzi, atau gulai tu memang trademark mereka lah kan.Tapi..assume atau bersangka buruk tak baik kan..why not give it a try...

So TERmasak le Rendang ayam ala kelantan ni .Mudah dan ringkas je sebenarnya


Kalau tahu lah , dari dulu lagi dah masak rendang sempoi ni. Sebabnya..dalam resepi asal, Kjee kata memang takde guna lengkuas..hanya bahan2 asas yg biasa untk buat rendang kan. Nak jadi senang lagi, daun kunyit pun tak letak sebab tak sampai hati nak caras daun kunyit kat belakang rumah yg ala2 bosan dah nak hidup tu..Letak daun limau purut je. Ada rasa rendang jugak. Tapi kalau letak daun kunyit probably lagi menyengat rasa dia..

Anyway its a good recipe.. My 1 cent..maybe dikata rendang ala kelantan sebab ia sepatutnya manis. Tambahan kalau dah lemak2 gitu..org kelantan jangan lah get offended pulak sebab makanan tradisi mereka bukan rendang tup2 ada pulak org kata rendang kelantan...dah kalau manis..mesti le dikaitkan dengan sebelah sinun ..ye tak..


Resepinyer..CnP dari NotesFB Fauziah Samad. Ada juga kat Blog Kjee

ayamnyer seekor yg sedang. agaknya about 1.5kg.
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
bawang putih dlm 4 ulas. halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer),
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas.
resipi ori hanya cili merah). 2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
daun limau purut 3 helai, serai 2 jer cukup (heran ya tapi mmg tak de lengkuas).
santan dari 1 biji kelapa. tapi org sekarang guna santan dh perah kan so guna about 2 cwn santan pekat.
potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit.
jgn lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam.
make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata x sedap.
lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau.
terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup.
kalo nk kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.
itulah rendang ala kelantan arwah cik kerpon (nama manja mak saya).
tapi bila pikir balik, cam Thai Red Curry chicken lak kan. Oh ya bila nk tutup api, taburkan daun kunyit.
Sedap sangat mkn ngan nasi/nasi impit/ lemang/pulut/pulut kuning/roti. selamat mencuba.


Monday, March 7, 2011

Ayam Masak Merah Madu

Buat masakan ni minggu lepas rasanya tapi punyalah liat nak menghapdet dan mengupload...

Resepi yang mudah dan ringkas. Tak banyak kerenah dan takde bahan2 selit ini sikit,selit tu sikit..clear cut nyer cooking...I loikee!


Terjumpa resepi ni masa merayau2 tak tentu hala kat blog kawan2..Lepas tu jumpa pulak dalam blog kawan ni. Kawan ni kemudian kata dia tiru dari blog kawan tu...bla bla bla..demikian ceriternye.

Resepinyer CnP jer lah. I believe tuan punya resepi memang dah lama izin..kalau idak, takkan dia tulis kat blog dia kan..idak gitu?

Ayam Masak Merah Madu
http://linrosly.blogspot.com/2011/02/ayam-masak-merah-madu.html


Bahan:-
1/2 ekor ayam ~ dipotong, gaul dgn garam dan serbuk kunyit
3 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia * (kesemua bahan * diblend halus)
3 sudu besar sos tomato @ boleh ganti dgn air asam jawa
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air
3 sudu besar madu
garam
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
minyak

Cara:-
Goreng ayam hingga masak tp jangan terlalu garing.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga garing dan masukkan bahan yg diblend.
Biarkan hingga garing dan masukkan sos tomato dan kicap.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan air.
Masak lagi hingga sedikit pekat dan masukkan madu dan sedikit garam.
Kacau hingga sebati dan masukkan ayam.
Kacau2, biar ayam sebati dgn rempah dan bila kuah hampir pekat masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan cili hijau.
Kacau2 sekejap dan padamkan api.
Hidangkan panas2.
Sedap dimakan dgn nasi putih maupun nasi yg berperisa spt nasi minyak, nasi tomato atau nasi serai dll..
Slmt mencuba :)

Thursday, April 2, 2009

Ayam Percik dan Ikan Percik

Hari Isnin dan Selasa baru2 ni (30 dan 31hb March) cuti umum kat sini. (Sultan Kelantan baik hati benor kasi rakyat jelata cuti sampai 2 hari..Daulat Tuanku..ekekeke)..Disebabkan takde buat aktiviti lain (panas terik sungguh- tak rela nak keluar rumah),jadi konon2 buatler aktiviti bakor ayam/ikan kat belakang rumah...







My anak bujang tu sejak pindah sini, gemar sungguh makan ayam percik style orang sini. Terpaksalah maknye belajor buat sendiri sebab..dia makan banyak..jadi..sendiri mau ingat ler kan..Anak makan ayam, parents dia makan ikan jer...hehehe...Mimi the black cat itupun suka ikan jugak..lalalala

Resepi tak kutip dari blog saper2, sendiri ikut suka hati,main campak2 jer...Bahan2 ..santan segar dlm 1/2 kg, bwg ptih,bwg merah,halia,serai,cili kering kisar dlm 1 sudu besar. Masak ler semuanya dlm periuk,atas api sederhana sampai dia jadi pekat dan pecah minyak..perasakan dgn garam dan gula...senang jer..Curah sikit atas ikan/ayam masa sedang dibakar..selebihnya curah bila dah hidang dalam pinggan. Kuah itu juga boleh jadi kuah makan dengan nasi...lagi senang kerja..tak payah masak lauk2 sampingan..Oh ya..kuah ni juga boleh jadi kuah nasi kerabu Kelantan..2 in 1 lagikk..

Wednesday, December 24, 2008

Ayam Goreng Marsala



Ayam Goreng Marsala ni sedap juga. Hehehe..peminat ayam goreng tegar nih. Masa belek2 file resepi dlm pc, nampak le pulak gambar ayam nih. DH yang duduk sebelah kita pun tanya..taknak buat ke ayam goreng mamak tu...Wah..sokongan padu nampaknya daripada isirumah..

Bagi peminat ayam goreng ala2 mamak nasi kandar tu..memang suka ler kan ayam goreng kaler2 merah gini. Kita buat pun sebab nostalgia kat Penang tu ler..ahakss.Maaf ler sebab kaler ayam tu gelap sikit..ralit kat dapur sampai lupa ayam tu dah cukup masa kena angkat dari kuali. My son tanya..kenapa kaler tak sama mcm dalam gambar tadi...hehehe..TErsenyap kejap makcik....ekekeke

Not bad to try this recipe...


Friday, December 5, 2008

Ayam Goreng Rempah



Ayam Goreng Rempah ini terhasil disebabkan takde mood nak cross stitch, jadi TERlebih lah pulak meluangkan masa bloghopping. Saja je kan bagi alasan tak de mood bagai..Macam biasalah ..cuti sekolah ni kena bercuti sekejap dari mengadap pc..maklumlah kan..kena share dgn anak..jadi mak kena mengalah la kan.. Okeh..masa bloghopping tu, TERmasuk blog ini dan TERberkenan dgn resepi Ayam Goreng Rempah. Owner blog tu kata, dia masak satu lauk ni saja dan famili dia pun seronok makan..kita pun TERguda juga lah kan..


Inilah my version of Ayam Goreng Rempah. Bezanya cuma kita letakkan setangkai daun kari sebelum tutup api..Semerbak bau daun kari tu..I like!! Tak pasal pasal TERnostalgia kat Nasi Kandar Shariff di Gelugur, Penang nun. Last time melawat En Shariff tu masa bulan puasa tu hari...walauwee...termengah2 kami anak beranak makan nasi kandar..rupanya..our tastebuds pedas tu dah jadi kacang lupakan kulit..dah kira macam..tak tahan pedas dah...boleh gitu??