Sunday, March 13, 2011

Red Velvet Cake

Ni dia si Baldu merah dah datang..

Lepas tengok my stitching sisters lepas seorang , seorang terkena aura kek ni, me pun buat jugak...prektis makes perfect kata omputih..

Resepi frosting ambil dari Joy Of Baking..
Resepi kek tiru dari Teratak Impian. Tengok kek dia cantik dan tinggi..
Berdebau2 juga nak buat kek ni ..pertama sebab banyak beno guna pewarna, kedua, frosting pakai cream cheese n whipping cream. Buttermilk pun kena wat sendiri. Ketiga..selain dari kek cokelat, kek2 lain tak berapa laku kat rumah ni..tapi..sebab nak tau jugak perassan memakan kek ni macam mana..buat jugak...


Me just guna 2 1/2 sudu teh pewarna merah saja. tak sampai hati nak guna 4 sudu



Sepatutnya kek ni ada 4 lapis tapi berlaku sikit kemalangan masa nak keluarkan kek dari acuan..sompek lah sikit (bukan sikit lah..banyak) satu bahagian tu..jadi, kena edit sikit bahagian2 yg sepatutnya. Itu pasal jadi 3 lapis saja.

Crumbs yg banyak tu dibuat balls..tak baik membazir..dosa kata Musliha..hehehe. Letih jugak nak frost kan kek ni sebab crumbs nyer suka2 hati jer nak jatuh. Kerap benar kek ni keluar masuk petia ais nak kasi tenang jiwa crumbs tu sebelum di frostingkan..

My verdict...kek ni memang tinggi..Kalau buat 4 lapis..harus tinggi manakah kek ku?. 3 Lapis pun dah tinggi.Kek ni manis jugak rupanya. So..kalau ada hati nak buat lagi, kena kurangkan sikit gulanya. Yang lain2 -perfect for my taste.



Haa..jangan kata org je suka kek red velvet ni..Taro the cat pun suka..Yg balls tu dia yg makan..

Pulut Pagi

Masa belek2 himpunan resepi dari koleksi majalah yang ada, ternampak resepi pulut pagi ni dalam Majalah Mingguan wanita edisi Jun 2008

Memang suka makan pulut manis ni. Dipanggil pulut pagi sebab makan waktu pagi kot.. Dulu2 kalau balik ke rumah mak, selalu mintak hubby belikan di gerai kelantan kat Greenwood Park tu (sekarang ni taktau lah ada lagi ke tak gerai selepas kebakaran besar minggu lepas) Kalau di Pasir Mas ni (area lain wa tatau), pulut ni dimakan dengan kelapa parut je. Tetapi di Greenwood tu dia serves kelapa parut sekali dengan kacang merah rebus..memang sedap. Psttt..In my case, pulut ni tak makan waktu pagi sebab pagi2 hujan lebat, malas nak ke kedai beli kelapa parut. Bila hujan reda waktu petang baru dibeli..kena panggil pulut petang kalau gitu ek..

So, untuk kepuasan sendiri, kita pun makan dengan kacang merah rebus jugak.



Resepi

1/2 kg beras pulut
1/2 cawan gula melaka - I used 2 keping nisse tu ha..cairkan
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sdt garam
1 cawan kacang merah direbus - ini I suka2 tambah sendiri.


Cara:
Kukus pulut separuh masak.
Angkat dan gaulkan dengan gula melaka
Kukus lagi sehingga masak
Kukus sekejap kelapa parut supaya tak cepat basi.
Bila nak makan, gaulkan pulut dan kacang merah dengan pulut tadi..

Rendang Ayam Mudah

As Salam.

Bila selalu masak di rumah, sampai satu ketika tak tahu atau takde idea dah nak masak apa..masa itu memang jammed la kepala..menung pun rasa macam tak releven je..
Bila dah puas ronda2 kat blog, ronda pulak kat notes FB friends. Macam2 boleh jumpa. Tertarik dengan entry Kjee ( Fauziah Samad) sebab dia kata Rendang Ala Kelantan. I'm married to a Kelantanese, they never serves us rendang..Kalau Kuzi, atau gulai tu memang trademark mereka lah kan.Tapi..assume atau bersangka buruk tak baik kan..why not give it a try...

So TERmasak le Rendang ayam ala kelantan ni .Mudah dan ringkas je sebenarnya


Kalau tahu lah , dari dulu lagi dah masak rendang sempoi ni. Sebabnya..dalam resepi asal, Kjee kata memang takde guna lengkuas..hanya bahan2 asas yg biasa untk buat rendang kan. Nak jadi senang lagi, daun kunyit pun tak letak sebab tak sampai hati nak caras daun kunyit kat belakang rumah yg ala2 bosan dah nak hidup tu..Letak daun limau purut je. Ada rasa rendang jugak. Tapi kalau letak daun kunyit probably lagi menyengat rasa dia..

Anyway its a good recipe.. My 1 cent..maybe dikata rendang ala kelantan sebab ia sepatutnya manis. Tambahan kalau dah lemak2 gitu..org kelantan jangan lah get offended pulak sebab makanan tradisi mereka bukan rendang tup2 ada pulak org kata rendang kelantan...dah kalau manis..mesti le dikaitkan dengan sebelah sinun ..ye tak..


Resepinyer..CnP dari NotesFB Fauziah Samad. Ada juga kat Blog Kjee

ayamnyer seekor yg sedang. agaknya about 1.5kg.
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
bawang putih dlm 4 ulas. halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer),
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas.
resipi ori hanya cili merah). 2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
daun limau purut 3 helai, serai 2 jer cukup (heran ya tapi mmg tak de lengkuas).
santan dari 1 biji kelapa. tapi org sekarang guna santan dh perah kan so guna about 2 cwn santan pekat.
potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit.
jgn lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam.
make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata x sedap.
lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau.
terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup.
kalo nk kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.
itulah rendang ala kelantan arwah cik kerpon (nama manja mak saya).
tapi bila pikir balik, cam Thai Red Curry chicken lak kan. Oh ya bila nk tutup api, taburkan daun kunyit.
Sedap sangat mkn ngan nasi/nasi impit/ lemang/pulut/pulut kuning/roti. selamat mencuba.


Monday, March 7, 2011

Kek Cokelat Kukus

Kek Cokelat Kukus ni buat selepas melawat blog Ummi. Teruja dengan komen2 pasal kek hasil resepi Kak Liza sifu masakan dan kawan siber tersayang...




Memang sedap kek ni. Sebab nya..tak manis dan tak pahit sangat. Guna gula perang jer . Jugak, guna 1/2 cawan serbuk koko . Jimat beb!!. Yang lagi jimat..telor 1 biji jer...wah..boleh buat rumah banglo lah lepas buat kek ni sebab jimat kos.muahahaha..

Disebabkan mengikut resepi 100 peratus, kita pun buat ganache nye sekali..Whaaa..yang ni tak boleh ikut sebab terlalu manis for my taste buds..Yerlah..1 cawan susu pekat manis tu..Mintak maaf Kak Liza..the ganache is too sweet for me. Sepatutnya saya boleh adjust (atau derhaka - bak kata Mat Gebu) masa buat ganache tapi disebabkan nak tahu tahap kemanissanya..proceed saja. Memang manis..meleting...So, lain kali kena kurangkan sukatan susu pekat tu..memang wajib derhaka kat situ. Dun be angry arr Kak Liza...Kek still mabeles beb..






Kek Alunan Kasih

Nama kek kemain lagi..beralun2 berkasih2. Memang cantik rupa paras dan nasib baik rasa nyer pun cantik.

Terjumpa resepi kek ni masa melawat blog DTS Mat Gebu,cantik jer nampak hasil lembut tangan cik mat. Kemudian ke blog Secubit Garam KNor,nampak le pulok kek alunan kasih ni ..waduh comel banget...geram beb...membuak2 perasaan nak cuba buat...




Last weekend cuba buat...syok juga main kaler2 ni..Yang warna pink bubuh perisa stoberi. Yang hijau bubuh perisa pandan. Hahaha..yang biru saja2 gatal bubuh peppermint oil.

Kek sangat gebus teksturenya. Cuma lapisan alunan tu tak secantik KNor buat..tak cukup kasih sayang kot kek nih..kasar2 lapisan ombaknya. Tapi takpe..tomorrow never die, unless I die first lah kan..I will bake this cake again...yummehh!


Psttt..feedback drp tukang2 makan..warna pink dan hijau tu sedap..tapi tak suka warna biru sebab ada rasa pudina..wahahaha..pepermint ni tak ramai penggemarnya kan...hanya org2 tertentu saja yg suka....I accept Constructive feedback...

vf

Ayam Masak Merah Madu

Buat masakan ni minggu lepas rasanya tapi punyalah liat nak menghapdet dan mengupload...

Resepi yang mudah dan ringkas. Tak banyak kerenah dan takde bahan2 selit ini sikit,selit tu sikit..clear cut nyer cooking...I loikee!


Terjumpa resepi ni masa merayau2 tak tentu hala kat blog kawan2..Lepas tu jumpa pulak dalam blog kawan ni. Kawan ni kemudian kata dia tiru dari blog kawan tu...bla bla bla..demikian ceriternye.

Resepinyer CnP jer lah. I believe tuan punya resepi memang dah lama izin..kalau idak, takkan dia tulis kat blog dia kan..idak gitu?

Ayam Masak Merah Madu
http://linrosly.blogspot.com/2011/02/ayam-masak-merah-madu.html


Bahan:-
1/2 ekor ayam ~ dipotong, gaul dgn garam dan serbuk kunyit
3 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia * (kesemua bahan * diblend halus)
3 sudu besar sos tomato @ boleh ganti dgn air asam jawa
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air
3 sudu besar madu
garam
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
minyak

Cara:-
Goreng ayam hingga masak tp jangan terlalu garing.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga garing dan masukkan bahan yg diblend.
Biarkan hingga garing dan masukkan sos tomato dan kicap.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan air.
Masak lagi hingga sedikit pekat dan masukkan madu dan sedikit garam.
Kacau hingga sebati dan masukkan ayam.
Kacau2, biar ayam sebati dgn rempah dan bila kuah hampir pekat masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan cili hijau.
Kacau2 sekejap dan padamkan api.
Hidangkan panas2.
Sedap dimakan dgn nasi putih maupun nasi yg berperisa spt nasi minyak, nasi tomato atau nasi serai dll..
Slmt mencuba :)

Sunday, March 6, 2011

Mee Kari Ala Nyonya

Memang dah lama cari resepi Mee KAri Chinese Style ni. Alih2 jumpa dalam Notes FB Kjee @ Fauziah Samad.




Mee Kari ala Nyonya.
http://dapurkakjee.blogspot.com/2011/02/30-mi-kari-ala-nyonya.html


bahan2nya:
1 cawan rempah kari daging babas
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
kerang
taupok (tahu gorang)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

cara:
tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin.
kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air.
masak sampai jadi paste.

Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti.
kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk).
bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size.
kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan.

Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak.
nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan.
tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau.
maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan.

rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit.
kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair.
adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.

macam biasa celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk.
ediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan.
begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas.
Inilah mi kari nyonya.

korang cubalah. memang sedap giler tau. kjee puji sebab bukan resipi ciptaan kjee tapi orang punya.
tapi masa hidang kuah dia mesti panas tahap mengelak gitu. aduh maleh nak citer lah.

kjee ada bagi resipi cili jeruk dalam Notes kjee di FB. rupa2nya ada cara buat cili jeruk tau.
bukan main hentam bubuh air panas jer tau. korang nak tahu,
intailah kat Notes kjee di FB. best giler cili jeruk tu, wa cakap lu.




Layann...memang menepati citarasa.Meletop2 sedapnye.Tak payah susah2 dah cari..bila teringin buleh bikin sendiri..Thank you Kjee

Gambar2 masakan

As-Salam...

Gambar2 masakan ni lama dah buat tapi tak ingat bila buat, guna resepi siapa..sebab masa tu mood nan ado...Hari ni ada sikit rajin..so..ku tepekla gambar buat peringatan diri sendiri dan kenangan ...