Sunday, March 13, 2011

Red Velvet Cake

Ni dia si Baldu merah dah datang..

Lepas tengok my stitching sisters lepas seorang , seorang terkena aura kek ni, me pun buat jugak...prektis makes perfect kata omputih..

Resepi frosting ambil dari Joy Of Baking..
Resepi kek tiru dari Teratak Impian. Tengok kek dia cantik dan tinggi..
Berdebau2 juga nak buat kek ni ..pertama sebab banyak beno guna pewarna, kedua, frosting pakai cream cheese n whipping cream. Buttermilk pun kena wat sendiri. Ketiga..selain dari kek cokelat, kek2 lain tak berapa laku kat rumah ni..tapi..sebab nak tau jugak perassan memakan kek ni macam mana..buat jugak...


Me just guna 2 1/2 sudu teh pewarna merah saja. tak sampai hati nak guna 4 sudu



Sepatutnya kek ni ada 4 lapis tapi berlaku sikit kemalangan masa nak keluarkan kek dari acuan..sompek lah sikit (bukan sikit lah..banyak) satu bahagian tu..jadi, kena edit sikit bahagian2 yg sepatutnya. Itu pasal jadi 3 lapis saja.

Crumbs yg banyak tu dibuat balls..tak baik membazir..dosa kata Musliha..hehehe. Letih jugak nak frost kan kek ni sebab crumbs nyer suka2 hati jer nak jatuh. Kerap benar kek ni keluar masuk petia ais nak kasi tenang jiwa crumbs tu sebelum di frostingkan..

My verdict...kek ni memang tinggi..Kalau buat 4 lapis..harus tinggi manakah kek ku?. 3 Lapis pun dah tinggi.Kek ni manis jugak rupanya. So..kalau ada hati nak buat lagi, kena kurangkan sikit gulanya. Yang lain2 -perfect for my taste.



Haa..jangan kata org je suka kek red velvet ni..Taro the cat pun suka..Yg balls tu dia yg makan..

No comments: