Sunday, March 13, 2011

Pulut Pagi

Masa belek2 himpunan resepi dari koleksi majalah yang ada, ternampak resepi pulut pagi ni dalam Majalah Mingguan wanita edisi Jun 2008

Memang suka makan pulut manis ni. Dipanggil pulut pagi sebab makan waktu pagi kot.. Dulu2 kalau balik ke rumah mak, selalu mintak hubby belikan di gerai kelantan kat Greenwood Park tu (sekarang ni taktau lah ada lagi ke tak gerai selepas kebakaran besar minggu lepas) Kalau di Pasir Mas ni (area lain wa tatau), pulut ni dimakan dengan kelapa parut je. Tetapi di Greenwood tu dia serves kelapa parut sekali dengan kacang merah rebus..memang sedap. Psttt..In my case, pulut ni tak makan waktu pagi sebab pagi2 hujan lebat, malas nak ke kedai beli kelapa parut. Bila hujan reda waktu petang baru dibeli..kena panggil pulut petang kalau gitu ek..

So, untuk kepuasan sendiri, kita pun makan dengan kacang merah rebus jugak.



Resepi

1/2 kg beras pulut
1/2 cawan gula melaka - I used 2 keping nisse tu ha..cairkan
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sdt garam
1 cawan kacang merah direbus - ini I suka2 tambah sendiri.


Cara:
Kukus pulut separuh masak.
Angkat dan gaulkan dengan gula melaka
Kukus lagi sehingga masak
Kukus sekejap kelapa parut supaya tak cepat basi.
Bila nak makan, gaulkan pulut dan kacang merah dengan pulut tadi..

No comments: