Friday, April 24, 2009

Icing Roses ku yang pertama...

Sempena menghabiskan saki baki bahan2 buat kek yang lama bertapa dalam esbok, maka terbuatlah Kek Cokelat Moist versi bakar. Selalunya, bila buat kek moist ni suka guna versi kukus. Tetapi kali ni mencari kelainan pulak lah kan..Resepi dikutip dari MaklangAzie Korner.

Not bad juga lah . Cumanya ia tak berapa milky sangat sebab tak guna susu cair kan, hanya susu pekat manis. Kalau dari segi control budget memang sesuai ler guna resepi ni. My personal opinion, tak sesuai dimakan togel begitu saja..MUSTI kena letak choc topping baru laju masuk mulut..ekekeke..

So. untuk menghabiskan buttercream frosting yang berbaki sikit lagi tu..kita pun prektis ler buat roses..Jangan gelak ek kalau nampak roses yang senget benget tu..first time maa..











Kita gunakan cone holder utk pipekan roses tu..Mula2 guna cone, tapi rasa mcm tak reti pulak nak letak roses tu atas kek. Then kita gunakan bahagian bawah holder yang berlekuk tu sbg surface utk pipekan rose..Hah..hantam saja lah kan..nasib baik juga ada rupa roses sikit2..Takper..prektis makes perfect kan...Nak kena kira pulak birthday siapa yang paling hampir bulan May nanti..boleh prektis lagi..

Lupa pulak..resepi buttercream tu kita follow resepi larling Asmahani (As Day Goes By)Nak link kat blog laling tu tapi hanya invited readers je plak..huhuhu. Cumanya kita tak guna full shortening utk deco. Its a combination of krimwell and shortening..hehe..dah banyak tu jer yang ada pun..

Sekali fikir kan..kenapalah nak buat additional deco buttercream kat moist choc cake yang dah diletak topping choc. Ampun..manis teramat sih..Sudahnya..bunga2 ros tu ditolak je kat tepi2 pinggan kan..macam2 kan utk cantik...