Sunday, November 16, 2008

Lamb Chop



Kali ni entry pasal Lamb Chop sendiri bikin pulak ye. Sebenarnya Lamb Chop ni dibuat minggu lepas tapi lupa pulak nak upload gambarnye.

Lamb Chop Sendiri Bikin yang tak cukup syarat.Hehehe..susah juga nak cari corn dan lettuce kat sini. Kat satu2nya supermarket besar sini pun tak penah nampak dijual. Makanya...apa yang ada je lah .
Semenjak pindah sini, DH macam suka sangat buat BBQ lamb. Dulu anak tak suka , sekarang dia pun join father dia belasah lamb chop sampai kita jemu lah tengok. Sekarang ni, tiap2 kali ke TESCO, mesti beli lamb. Eeii...tak suka lah..sebab setiap kali lepas masak atau makan, pinggan dan tempat bakar tu semuanya berminyak berlemak2 gitu, leceh taww nak scrub..dgn air panas lagi..mencii..kita tak makan pun tapi kita pulak yang kena buat kerja lebih....double menci!!


Hehe..nak gelak tengok rupa paras coleslaw tu..malas nak shred carrot..guna kobis je. Gaulkan sekali dengan mayo,cuka, garam gula secukup rasa. Mashed potato tu pun buat sendiri. Dah beberapa kali buat mashed potato tapi rasanya , kali ni ok sikit lah dari yang sebelumnya. Sebabnya, kita kurangkan penggunaan butter..hanya guna sedikit sahaja. Fresh milk saja yang guna banyak sikit. Jadi tak le lemak sangat. Gravy tu hanya guna butter, tepung gandum dan stok ayam..tabur sikit balck pepper....wallah...nyaman je masuk tekak.

Oh ya. resepi lamb chop ni sebenarnya kita main belasah je. Tetapi sebelum belasah tu kita baca dulu kat forum CARI. Kemudian, dengan ingat2 lupa, kita campak je ramuan2 yang masih ingat..cumanyer.lamb tu kita perap dengan bahan2 kisar seperti serai, halia, bawang besar/putih , sos tiram,lada merah, lada hitam, garam madu secukupnya serta sedikit kicap pekat...not badlah untuk cover bau2 kambing tu kannnn...LOL

1 comment:

Mrs. Fedex said...

menggoda kalbu benau..
nyum.. nyum..