Tuesday, November 11, 2008

Chocolate Cheese Cake





Syukrann...Entry pertama dapur pinchesska... Chocolate Cheese Cake

Kita tak berapa gemar cheese cake sebab selalu TERkena cake yang masam. Mungkin masa beli cake tu tak senyum kot..hahaha...



Kali pertama seumur hidup bikin cheese cake dalam dua tahun lepas - peach cheese cake. Resepi diambil dari forum CARI.com.my. Ehh..bukan salah resepi rasanya, tapi memang salah tastebud kita..tak berapa suka masam..dan resepi tu tak de letak whipped cream rasanya. Itu pasal rasa masam cheese tu tak di balancekan dek whipped cream. Sudahnya kek tu tong sampah yang makan..kenyang tong sampah makcik!!


Cubaan ke dua buat cheese cake masa raya dua tahun lepas jugak. Kali ni Chilled Bluberi Cheese Cake. Tak guna gelatin powder tapi ganti dgn serbuk agar2. sampai ke sudah kek tak firm, kena letak kat freezer baru boleh potong...rasa semua ada cuma 'kekuatan' je tak de..hehehe. tapi habis jugak dibedal dek seisi rumah dan sedara mara.


Cubaan ke tiga..kali ni memang serius nak buat cheese cake- Chocolate Cheese Cake tak mau main-main dah. Disebabkan belen biskut raya ada lagi, blend sampai halus then buat base dia. Resepi ambil dari CARI jugak.. it turns out beautiful. Rasa mmg anggun..cuma base dia je tebal sikit sebab bertungkus lumus nak habiskan biskut2 tu..so..kitapun padat2kan sampai tak mahu..hehehe


Guna loyang springform 8''. Rasanya tak sesuai kot utk resepi ni sebab kek tak tinggi..apapun hantam saja...tak sabau sabau nak makan ciskek lah katakan..

Oh ye.. ini dia copypaste resepi sumbangan forumner Cikna99..enjoy...

CHOCOLATE CHEESE CAKE [cikna99]

BASE:

1 cwn biskut marie (kisar)

1/2 cwn nestum (kisar)

1/3 cwn serbuk hazelnut (disangai)

1 sb soft brown sugar/gula perang

125 gm butter(cair)FILLING: 250 gm cream cheese Philidelphia

1/2 cwn susu cair

1/4 cwn gula aising

1 sb gelatin halal

1/4 cwn air panas

200 ml UHT whipping cream (dipukul kembang)

100 gm Cadbury chocolate milk (cairkan)

TOPPING:

chocolate Hershey's kisses filled with caramel

white and chocolate chips(small)

jem buah-buahan

CARANYA:

1. Gaul semua bahan base,uli dan tekan doh pd acuan pai 20 cm diameter..tepi dan bwh.Sejukkan.

2. Pukul kembang cream cheese.Masuk susu cair n gula.Pukul lg.Sementara tu, cairkn gelatin dgn air panas.masukkan dlm adunan td dan pukul lg.Masuk whipping cream n coklat cair.Kacau sebati.Tinggalkan sedikit coklat cair utk hiasan.

3. Tuang dlm acuan pai td.Lorekkan dgn coklat cair secara abstrak. Kmdn,masuk peti sejuk.Sejukkan semalaman atau skrg2nya 4 jam.

4. Bila keluar dr peti sjk,glaze atau sapukan atas kek dgn jem buah-buahan utk kilatkan kek,bio le nampak sinar skit kek tuh hehehe..Letak coklat Hershey's kisses dan tabur small cip coklat pd tepi sekeliling atas kek.5. Lepas tu baru le tolak pelan2 kek dr bwh ke atas utk keluarkan kek dr acuan pai.Boleh la dpotong...yummy...

No comments: